"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Call girl'?: Seorang wanita ditangkap berkhalwat dengan 3 lelaki dalam hotel

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
BILIK hotel yang diserbu penguat kuasa JAINJ. FOTO  Ihsan JAINJ
Kluang: Tiga lelaki bersama seorang wanita berusia 23 tahun ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika berada dalam bilik sebuah hotel di bandar ini, malam tadi.

Menurut JAINJ, serbuan jam 12.30 tengah dijalankan hasil maklumat awam dan pemeriksaan mendapati wanita terbabit secara sukarela bersama mereka, malah dipercayai mengenakan bayaran.

Katanya, siasatan mendapati seorang daripada lelaki terbabit membawa wanita itu makan di sebuah kedai sebelum mengajaknya ke hotel berkenaan.

"Pada masa sama, dua rakan lelaki menunggu di bilik hotel berkenaan malah wanita itu juga mengetahui kehadiran mereka.

"Mereka menyewa bilik hotel secara atas talian selama dua malam dan tangkapan dilakukan pada hari kedua (malam tadi)," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kesemuanya didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Tiada ulasan: