Buletin TV3

Imej udara menunjukkan sebahagian besar struktur jambatan kereta api runtuh ke dalam Sungai Kuning di Qinghai, China. – Foto Li Zhanyi/ AP
BEIJING: Sekurang-kurangnya 12 pekerja maut manakala empat lagi masih hilang selepas sebuah jambatan kereta api dalam pembinaan runtuh di wilayah Qinghai, awal pagi Jumaat.
Media tempatan melaporkan, ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, 16 pekerja berada di atas jambatan terbabit sebelum kabel keluli putus ketika operasi menegangkan struktur.
Jambatan di seksyen Qinghai bagi Projek Kereta Api Sichuan-Qinghai itu runtuh ke dalam Sungai Kuning (Yellow River) dari ketinggian lebih 55 meter.
Lebih 800 anggota penyelamat, 91 kenderaan, 27 bot, sebuah helikopter dan lima robot dikerahkan dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan