"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjelang PRU16: Pilihan-pilihan Umno untuk PRU16

Harapandaily

Mohd Yusri Ibrahim

Akhir-akhir ini saya melihat pemimpin Umno ada dua kategori.

Pertama yang agak rasional, yang sedar situasi dan kekuatan semasa.


Kedua yang sedikit garang, yang yakin bergerak solo adalah lebih baik.

Semuanya pilihan masing-masing, begitulah variasi, warna warni dan cantiknya demokrasi.

Nanun dalam konteks kenegaraan, sudah tentu pasca PRU16 nanti kita dambakan sebuah kerajaan yang stabil.

Kerajaan stabil adalah nadi untuk kesinambungan Malaysia.

Kesinambungan dalam pelbagai aspek sama ada keamanan, pembangunan sosial, kemajuan ekonomi dan sebagainya.

Tanah air ini kita pinjam daripada generasi akan datang.

Kita mesti pulangkan semula kepada mereka seperti asal, atau lebih baik lagi.

Jangan hancurkan negara ini kerana sentimen, emosi dan nafsu jahat politik kepatian semata-mata.

Malaysia bermasyarakat majmuk yang bervariasi etnik, agama, budaya, sosio ekonomi, wilayah dan sebagainya.

Kerajaan stabil adalah kerajaan yang kompeten, memiliki dan mempamer trek rekod pentadbiran yang baik.

Kerajaan yang stabil adalah kerajaan yang mempunyai perwakilan semua komposisi masyarakat di dalamnya, mengikut nisbah yang sepatutnya.

Tidak boleh mana-mana segmen masyarakat terpinggir dalam kerajaan, itu bukan kerajaan demokrasi yang ideal.

Kenapa pendirian Umno penting dalam aspek ini?

Kerana, jika parti-parti utama PH, PN dan BN bertanding sendirian dalam PRU16 nanti, risiko tiada pemenang yang cukup majoriti untuk bentuk kerajaan adalah tinggi.

Maka pilihan yang ada adalah mengadakan kolisi politik untuk hadapi PRU tersebut.

Di sinilah signifikannya UMNO, walaupun mereka hanya mempunyai 26 daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen sekarang.

Dengan mengandaikan bahawa potensi kerjasama PH-PN gelap gelita buat masa ini, maka langkah BN lebih signifikan.

Kerana BN masih ada potensi untuk berkolisi sama ada dengan PN atau dengan PH.

Apa pilihan yang UMNO/BN ada?

Di Kuching minggu lepas, saya bentang kertas kerja tentang potensi-potensi kerjasama UMNO/BN menjelang PRU16.

Kertas kerja berstatus Artikel Meja Kopi (AMK), maksudnya agak santai dan umum berbanding Artikel Penyelidikan (AP).

Dalam kertas itu saya sentuh beberapa kemungkinan politik untuk UMNO/BN sama ada bertanding solo, bekerjasama dengan PN atau bekerjasama dengan PH.

Saya rumuskan, berdasarkan situasi terkini dan semasa, pilihan lebih ideal kepada BN adalah bekerjasama dengan PH dan parti-parti Kerajaan Perpaduan yang lain, sekurang-kurangnya sehingga PRU16.

Namun sudah tentu pilihan muktamad adalah keputusan Umno/BN itu sendiri.

Tiada ulasan: