"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesakit jantung meninggal dunia kerana gangguan bekalan elektrik

Agensi

Scunthorpe, United Kingdom: Seorang pesakit wanita meninggal dunia akibat "kegagalan bekalan elektrik secara tiba-tiba" semasa menjalani pembedahan jantung, menurut satu laporan koroner.

Memetik laporan BBC News, Jean Dye, 77, sedang menjalani prosedur di Hospital Besar Scunthorpe pada 7 September 2024 untuk merawat penyakit jantung apabila gangguan bekalan elektrik yang berlarutan selama 10 minit itu berlaku.

Satu inkues mengenai kematiannya mendapati kemungkinan besar dia akan selamat jika tidak berlaku gangguan bekalan kuasa.

Koroner kanan Greater Lincolnshire, Paul Smith, menghantar laporan Pencegahan Kematian Masa Depan (POFD) kepada Perkhidmatan 

Koroner berkata, Dye meninggal dunia akibat "diseksi iatrogenik" (koyakan yang berlaku semasa prosedur perubatan) pada arteri.

Inkues mendapati, gangguan bekalan kuasa berlaku ketika kakitangan perubatan hendak memasang sten jantung menyebabkan "peluang terhad untuk memberikan rawatan pemulihan yang diperlukan."

Litar Pemutus Kuasa Kecemasan (EPO) kemudiannya diaktifkan, yang mengatasi bekalan elektrik sandaran, menyebabkan kakitangan terpaksa menunggu jurutera untuk menetapkan semula litar itu.

Bekalan kuasa kembali pulih selepas 10 minit dan prosedur pemasangan sten kemudiannya diselesaikan namun Dye gagal pulih dan disahkan meninggal dunia.

Inkues mendapati tiada punca jelas bagi gangguan bekalan kuasa itu dikenal pasti.

Dalam laporannya, Smith berkata: "Sekiranya kakitangan mengetahui punca sebenar gangguan kuasa pada ketika itu dan berpeluang menetapkan semula litar tanpa perlu menunggu jurutera, tempoh gangguan kemungkinan besar dapat dikurangkan dengan ketara."

Koroner itu menyatakan bahawa "kelewatan semasa bekalan kuasa dipulihkan adalah faktor kritikal dalam kematian ini."

Laporan itu sudah dihantar kepada NHS England untuk menyemak semula garis panduan berkaitan pengendalian kawalan litar EPO dan keperluan sebarang latihan susulan.
-hmetro 

Tiada ulasan: