Harapandaily
NORMAN RADZUAN
Apabila dalam siasatan, marah kenapa lambat. Apabila inkues dalam masa terdekat, persoalkan pula kenapa awal.
Kenapa takut nanti dah tahu kebenaran tak boleh tunggang cerita ini lagi?
Apa itu inkues? Inkues dalam kes Zara Qairina adalah langkah penting bagi memastikan kes tersebut disiasat sepenuhnya di bawah peruntukan undang-undang, demi keadilan dan kepastian fakta.
la bertujuan menyingkap kebenaran di sebalik kematian tragisnya secara telus dan bebas sesuatau yang diperjuangkan oleh keluarga dan masyarakat. Ia terbuka untuk didengar oleh rakyat.
Di Parlimen, MP Hulu Terengganu, bising kenapa pihak berkuasa lambat tapi Kota Bharu pula persoalkan kenapa terburu-buru buat inkues tersebut. Macam-macam jenis gila di dunia ini.
Apabila PDRM dalam siasatan bising, mulalah terpengaruh dengan ramai yang ‘terpaling tahu’ di luar sana.
Apabila polis beri penerangan, pertikaikan pula polis. Tak percaya. Jadi, kamu nak percaya si penglipurlara kononnya Zara dimasukkan dalam mesin basuh?
Jadi pembuli
Guru itu apabila ditangkap mudah sahaja katanya saja-saja buat untuk content TikTok.
Videonya jutaan rakyat Malaysia terpengaruh. Bayangkan berapa banyak dosa wanita perlu tanggung?
Dalam marah kepada pembuli, netizen yang terpengaruh dengan ‘terpaling’ di media sosial, perjuangan menentang buli ini tanpa sedar kita pula jadi pembuli kepada guru, pelajar dan mereka yang tidak bersalah, akhirnya pejuang anti buli sendiri jadi pembuli.
Apabila polis beri jawapan kenapa tidak dilakukan post mortem, mulalah netizen bergaduh sesama sendiri. Salah siapa, IO atau ibu Zara? Kan sendiri terasa malu.
Sebab itu, Islam ajar kita tabayyun. Sekarang, yang buat macam fitnah, yang hentam Menteri Fadhlina, tiada rasa bersalah dalam diri?
Kalau rasa Islam pasti akan berasa bersalah kerana terlajak tahu hingga fitnah orang lain.
Mulai hari ini, bersabar sedikit hingga awal bulan depan apabila kes dibawa ke mahkamah.
Jangan buat dosa kering, suruh Menteri turun yang tidak buat kerja tapi makan gaji buta elok saja nak mati dalam perjuangan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan