Propaganda toksik tunggang isu kaum dan agama
Harapandaily
LIYANA MARZUKI
Saya bukan apa cuma dah penat dengan propaganda toksik. Tunggang isu kaum dan agama.
Mereka minta rakyat boikot jenama yang kononnya menyokong Israel. Tetapi apabila melibatkan kereta Mercedes, tiba-tiba pula dikecualikan.
Mereka lantang membantah isu penjualan MAHB kepada BlackRock.
Namun, ketika zaman mereka berkuasa, beratus juta dana syariah kerajaan diserahkan untuk diuruskan oleh BlackRock juga.
Mereka menyerang isu tanah kuil. Walhal, pada zaman mereka lebih banyak lot tanah dilepaskan dan diberikan.
Mereka bising tentang isu Zara di Sabah. Tetapi isu Faris langsung tidak diendahkan.
Mereka membantah pengambilan tanah Kampung Sungai Baru.
Padahal, sewaktu mereka berkuasa, menteri Melayu daripada parti mereka sendiri yang menandatangani warta perampasan tanah tersebut.
Semak dan imbang
Semasa PRU15, saya sendiri mempromosikan mereka dengan harapan wujudnya sebuah Kerajaan Perpaduan.
Tetapi apabila titah Agong pun mereka tidak mahu dengar, akhirnya jadilah mereka pembangkang.
Kita harapkan mereka memainkan peranan semak dan imbang, tetapi yang muncul hanyalah permainan persepsi dengan isu kaum dan agama dijadikan modal.
Hakikatnya, ketika mereka berkuasa dulu pun tidaklah sebaik mana, malah ada yang lebih teruk.
Cukuplah. Semak dan imbang boleh dilakukan dengan cara yang sihat, bukan dengan menyalakan api perkauman. Berpolitik mesti ada batasan.
Apakah kita mahu keadaan jadi huru-hara seperti di Indonesia atau Nepal?
Bagi kita sebagai pengundi biasa, ada perkara yang perlu sentiasa disemat dalam hati:
Setia kepada Raja dan negara, bukan kepada parti atau pemimpin durjana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan