"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rupa-rupanya ada 120 ketua bahagian telah menandatangani akuan bersumpah mahu Muhyiddin berundur

Cabaran terbesar buat Muhyiddin, 120 ketua bahagian mahu beliau berundur

Harapandaily

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cabaran terbesar sejak memimpin parti tersebut apabila 120 ketua bahagian Bersatu menggesa beliau berundur.

Seramai 120 ketua bahagian Bersatu telah menandatangani akuan bersumpah agar Muhyiddin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada timbalan presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Bahagian Bersatu Ampang Mohd Isa Mohd Saidi mengakui akuan tersebut dibuat kerana kebimbangan ketua – ketua bahagian berhubung keberadaan Bersatu dalam mendepani pilihan raya umum ke-16.

Muhyiddin turut mengakui perkara ni dalam ucapannya.

Pengakuannya itu menyebabkan dewan kecoh ketika perhimpunan agung tahunan Bersatu.

Tiada ulasan: