"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KKM: Penjualan vape bakal diharamkan sepenuhnya

KOSMO!

KUALA LUMPUR – Penjualan rokok elektronik atau vape akan diharamkan sepenuhnya bagi membendung penyalahgunaan produk berkenaan dalam kalangan pengguna di negara ini.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan tersebut akan dibuat secara berfasa bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan had masa yang ditetapkan bagi pelaksanaan pengharaman sepenuhnya penjualan produk itu.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengadakan perbincangan terperinci bersama kementerian dan jabatan utama.

“Ia membabitkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia serta Pejabat Penasihat Undang-undang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Mengulas lanjut, Dzulkefky berkata, hasil penelitian dan cadangan pelaksanaan pengharaman itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Menurutnya, ia bagi mendapatkan persetujuan dasar, seterusnya menjadi asas kepada pelaksanaan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: