Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Polis menahan seorang pemilik akaun TikTok selepas memuat naik video mengandungi unsur hasutan serta berunsur mengaibkan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JAJ Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap satu kes penularan video di aplikasi TikTok.
Menurutnya, video berkenaan mengandungi unsur hasutan serta mengaibkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Susulan itu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan satu kes berkaitan narkotik dan tiga kes jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, PDRM menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, mengaibkan atau sebarang bentuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan