"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Bangladesh maut dipanah petir

Fazli Ahmad

RAUB: Seorang lelaki warga Bangladesh terbunuh selepas dipanah petir di tapak pembinaan Lebuhraya Lingkaran Timur Utama (LTU) di Kuala Atok, Dong, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam semalam ketika mangsa ke tapak pembinaan untuk mencari adiknya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kiri akibat dipanah petir dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk rawatan.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di klinik terbabit.

“Siasatan mendapati mangsa Md Shahangir, 37, tinggal di Kuala Lumpur datang ke tapak pembinaan berkenaan sejak kelmarin untuk melawat adiknya.

“Mangsa dipanah petir ketika berjalan kaki di antara rumah kongsi ke tapak pembinaan lebuh raya terbabit untuk bertemu adiknya yang sedang bekerja,” katanya menerusi kenyataan media.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.

Tiada ulasan: