"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kecoh di Thailand bila transgender hina gadis Islam kerana agamanya

Harapandaily

Kecoh di Thailand insiden seorang transgender bernama Chusak yang berang menuduh seorang wanita Muslim duduk di atas begnya di dalam tren Airport Rail Link, Bangkok.

Menerusi video tular, individu LGBTQ itu bertubi-tubi menghina dan mengejek Madia Penpae dengan turut menyinggung agama Islam, ketika memarahi mangsa.

Difahamkan, semasa Madia sedang duduk, beg yang disangkut pada bahunya menyentuh beg Chusak yang duduk di sebelahnya.

Sebelum itu, Chusak meletakkan begnya di atas tempat duduk dan bukannya di atas ribanya tetapi menuduh Madia duduk di atas begnya.

Chusak kemudian berdiri, menanggalkan kasutnya dan mengangkat kasutnya ke muka Madia sambil memaki hamun.

Madia menegaskan dia tidak duduk di atas beg Chusak, tetapi sanggup meminta maaf.

Kehidupan berubah: dari sifar ke 7107.00 MYR seminggu di Kuala Lumpur
Ketahui Lanjut
Saksi berkata, Madia tidak pernah menggunakan kata-kata kotor, hanya meminta maaf secara sopan.

Walaupun begitu, marah Chusak masih membuak sehingga tergamak memanggil Madia sebagai “keldai”.

Pondan itu turut memanggil ibu bapa Madia sebagai “tidak beradab” dan tidak mengajar adab di khalayak ramai.

“Saya faham. Saya minta maaf,” balas Madia tetapi Chusak masih tidak berpuas hati.

Dia menuding jarinya ke arah Madia dan menjerit, “Saya tidak akan menerimanya. Jangan berkata apa-apa. Jika anda berkata sepatah lagi, saya akan tendang di muka. Saya hanya memberikan kaki saya…”.

Menuai kemarahan orang ramai apabila Chusak menyinggung agama, dengan berkata, “Kalau awak cakap macam tu lagi, saya tampar awak. Cuma saman 500 baht. Saya tak takut dengan awak, Muslimah!”

Tiada ulasan: