"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru pemandu MPV larikan diri selepas langgar motosikal

Buletin TV3 

SUBANG: Polis mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV yang melarikan diri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Puchong Utama, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya terkesan rakaman video berdurasi 54 saat yang tular di Facebook, menunjukkan motosikal mengejar MPV berkenaan.

Siasatan awal mendapati pemandu MPV dari lorong kiri membelok ke kanan sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motosikal Honda EX5 yang ditunggang seorang lelaki berusia 20 tahun.

“Penunggang motosikal mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, manakala usaha mengesan pemandu MPV sedang dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya, Inspektor Muhammad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.

Tiada ulasan: