"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Abduh dicemuh selepas sembang Pas kekal rekod bersih rasuah

Harapandaily

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ‘disekolahkan’ warganet selepas mendakwa parti pembangkang itu kekal rekod bersih rasuah.

“Ramai juga yang tak selesa dengan Pas kerana kekal rekod bersih rasuah pemimpinnya.

“Harap mereka, kalaulah Pas cemar macam mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook tanpa menyatakan “mereka” yang dimaksudkan.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata berkongsikan berita mengenai penglibatan pemimpin dan ahli Pas dalam rasuah.

Antaranya, kes bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang disabitkan dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 membabitkan unsur nadir bumi (REE).

Selain itu, netizen turut menyindir Nik Abduh berkenaan kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan meminta rasuah RM4 juta membabitkan kegiatan perlombongan REE pada Mei 2023.

Malah, Nik Abduh turut diingatkan tentang isu penjualan tanah kerajaan negeri Terengganu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan harga sangat rendah iaitu RM 550,000 sedangkan nilai semasa tanah itu adalah RM29 juta.

“Angkat bakul sendiri memang mengkhayalkan.

“Lebai kaki temberang. PRK Kuala Terengganu kes apa kalau bukan rasuah?

“Banyak kalah saman fitnah berjuta,” demikian antara reaksi warganet.

Tiada ulasan: