Latifah Arifin
latifah@bh.com.my

Sofia dalam satu klip video turut menafikan pertemuan atau sebarang perbincangan dengan Anwar berhubung dakwaan berkenaan. FOTO TULAR
Kuala Lumpur: Seorang wanita menafikan menjadi proksi bagi Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan menyifatkan dakwaan dan tohmahan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Albert Tei sebagai palsu dan berniat jahat.
Dalam satu klip video, wanita terbabit, Sofia Rini Buyong turut menafikan pertemuan atau sebarang perbincangan dengan Anwar berhubung dakwaan berkenaan.
Beliau turut menegaskan, tindakan ahli perniagaan berkenaan satu konspirasi jahat untuk mencemarkan reputasi Perdana Menteri dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Saya ingin membuat kenyataan hari ini terhadap kenyataan palsu dan tohmahan yang dibuat penama Albert Tei yang membuat rakaman video kononnya ada arahan daripada saya atau PM, Anwar Ibrahim untuk beliau membuat rakaman beberapa ahli politik Sabah.
"Saya menegaskan di sini bahawa saya bukan proksi kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar. Saya juga ingin memberi penjelasan bahawa saya tidak pernah berjumpa dan mengadakan sebaran perbincangan dengan PM berhubung dakwaan dibuat Albert.
"Saya juga tidak pernah membuat sebarang perbincangan dengan Datuk Seri Shamsul Iskandar mengenai tindakan yang Albert lakukan berhubung proses permohonan beliau untuk mendapatkan lesen-lesen perlombongan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan