"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Viral: ‘hapuskan PMX tak guna’ komen yang dibuat oleh seorang anggota polis wanita

Gempar anggota polis wanita tergamak komen ‘hapuskan PMX tak guna’
Harapandaily

Seorang anggota polis wanita dikatakan sedang disiasat selepas dipercayai memuat naik komen berbaur ancaman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di media sosial.

Menurut catatan aktivis Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, komen yang dimuat naik penjawat awam yang menggunakan nama Siti Shenup itu didakwa mengandungi ungkapan berbaur ugutan.

“Akak nak sokong parti mana pun tiada masalah. Tapi akak jangan sampai terlajak komen berbaur ugutan.

“Ada unsur ancaman bunuh jika ditafsirkan perkataan ‘hapuskan…’. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna,” katanya dalam kenyataan.

Hasnul turut berkongsikan tangkap layar yang memaparkan Siti Shenup secara terbuka menyatakan kesungguhan mencari bendera Perikatan Nasional (PN) untuk diperaga di kereta.
Dalam mana sama, beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah mengambil tindakan awal terhadap wanita berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak itu turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan di platform awam.

“Berpada-padalah kalian…,” katanya sambil menegaskan bahawa kebebasan menyokong mana-mana parti tidak boleh dijadikan alasan untuk membuat ugutan yang melanggar undang-undang.

Tiada ulasan: