"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 sekeluarga nyaris maut kereta terbabas ditolak banjir

NS Ramli
story-image
Empat sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam longkang ketika mereka cuba meredah air banjir yang melimpah di Jalan Tersan, dekat Raub, Pahang, awal pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Raub berkata, mangsa menaiki kereta jenis Toyota Vios itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Kejadian jam 5 pagi itu disedari anggota APM yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke lokasi pokok tumbang di kawasan Ulu Atok.

"Anggota terbabit segera membantu mangsa dan menarik kereta keluar dari longkang ke tempat selamat," katanya.

Tambah jurucakap AP berkenaan, seorang daripada mangsa adalah warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 60 tahun.

Katanya mereka dihantar ke Hospital Raub bagi mendapat rawatan.

Dalam pada itu, laluan berkenaan (Jalan Bentong-Gua Musang) sebelum Kampung Tersan (menghala ke Kuala Lipis) dan selepas Kampung Tersan (menghala ke Raub) ditutup kepada kenderaan ringan.

APM Raub memaklumkan laluan sepanjang 100 meter itu ditenggelami air 0.70 meter akibat limpahan air sungai berdekatan.

"Pengguna laluan terbabit boleh menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Ulu Renggol-Jalan Ulu Temalir-Jalan Ulu Atok-Kuala Atok.

"Mereka juga boleh melalui Jalan Cheroh-Batu Malim-Sungai Koyan, Jalan Berchang -Sungai Koyan-Jalan Bentong-Gua Musang dan Jalan Ulu Dong-Jalan Tualang Padang," jelasnya.

Dia memaklumkan, papan tanda amaran sudah dipasang di laluan itu dan pemantauan secara berterusan juga dilakukan di lokasi terbabit.

Tiada ulasan: