"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sofia Rini direman 4 hari untuk bantu siasatan

Buletin TV3 
Sofia Rini (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan wanita yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama Albert Tei di media sosial, Sofia Rini Buyong malam tadi.

Sofia Rini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Peguam kepada Sofia Rini, Shugan Raman berkata anak guamnya ditahan selepas hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan petang semalam.

Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada pegawai SPRM kira-kira jam 10.45 malam tadi memaklumkan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut.

Tangkapan katanya dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Siasatan dikatakan berkait dengan tohmahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul Iskandar meletakkan jawatan Selasa lalu untuk mempertahankan diri daripada serangan yang menurut beliau bertujuan memburukkan imej Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan dakwaan Tei sebagai cubaan terancang untuk menjatuhkan kerajaan.

Tiada ulasan: