"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Brek motor lucah dengan lakaran mirip kemaluan lelaki disiasat JAWI

Malaysiakini 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meneliti dakwaan berkaitan penjualan brek cakera motosikal yang mempunyai lambang lucah.

Pengarah Jawi Hanifuddin Roslan berkata tindakan itu dibuat susulan video tular seorang pomen yang sering berkongsi proses membaik pulih motosikal di Internet.

Katanya, Jawi akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana ia melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat.

"Jawi turut menasihat para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka," katanya.

Menurutnya, lokasi pengeluaran barangan berkenaan tidak dimaklumkan.

Alat ganti motosikal kontroversi itu dihiasi dengan lakaran mirip kemaluan lelaki.

Ketika mengetengahkan isu itu, pengguna maya dikenali sebagai Shinji Nagato turut menggunakan fungsi “tag” terhadap Jawi.

Tiada ulasan: