"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Astro tak patuh perjanjian?


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujuan oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
astro satellite dishBeliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.

Sebaliknya, Astro perlu mencontohi langkah yang diambil kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api terbeban demi kepentingan rakyat.


"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.

"Pulangan daripada yuran langganan saya sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: