"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Asri: Pilihan Raya Masjid Mampu Atasi Politik Kepartian


SHAH ALAM, 7 JUN: Pemilihan jawatan kuasa masjid di Pulau Pinang yang akan dilakukan menerusi 'pilihan raya masjid' mampu merawat institusi itu dari terus dinodai oleh sebarang unsur politik kepartian yang boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam, tegas Dr Asri.

Malah ujar bekas Mufti Perlis itu, persoalan institusi masjid dicemari politik kepartian bukan satu perkara baru di Malaysia.

"Soal mengheret masjid ke kancah politik ini sudah lama berlaku, dan tidak timbul apa-apa isu mengenainya kerana ia sudah ada sejak dari dulu lagi,"katanya.

"Jadi rakyat perlu tahu bahawa perkara tersebut baru sahaja timbul, maka dengan memberi ruang kepada anak kariah untuk memilih jawatankuasa masjid kerana ia boleh mengurangkan unsur politik dalam institusi itu bahkan kariah itu sendiri lebih tahu siapa yang layak menguruskan masjid tanpa mempedulikan perbezaan ideologi politik," Dr Asri memberitahu Tv Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu 'pilihan raya masjid' yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memilih jawatankuasa masjid yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Menurut Dr Asri, pemerintahan Umno di Pulau Pinang juga sebelum ini telah lama menggunapakai amalan politik kepartian dengan memilih ahli-ahli kariah untuk mengimarahkan masjid dari kalangan mereka sendiri tanpa mengikut prinsip syarak.

"Kebanyakkannya ahli-ahli jawatankuasa itu bukan dari ahli masjid sendiri tetapi kerana kuat berparti, khususnya di Pulau Pinang sebelum ini. Mereka yang kuat Umno akan mendapat kedudukan di dalam jawatankuas masjid." katanya.

Jelas Dr Asri, beliau turut berpendapat masyarakat tidak perlu dikhuatiri dengan pelaksanaan  'pilihan raya masjid' kerana ia disifatkan sebagai sangat berbeza dengan pemilihan mana-mana parti politik dimana ahli-ahli khariah hanya akan memilih calon yang mampu mentadbir masjid sekaligus mengakis unsur-unsur politik kepartian sedikit demi sedikit.

"Pemilihan jawatankuasa masjid ini selalunya tidak dilakukan seperti pilihan raya parti dimana setiap ahli khariah akan memilih calon yang sering ke masjid. Sekiranya ahli kariah itu memilih calon yang tidak bersesuain maka itu adalah kesilapan mereka, namun masyarakat hari ini sudah bijak untuk memilih siapa yang lebih layak." jelasnya.

Semalam, Kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, kaedah itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah memilih pemimpin mereka.
-tvsnews-

Tiada ulasan: