"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Sarbani:Najib Wajar Adakan Suruhanjaya Diraja Esok - Kit Siang





KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kerajaan seharusnya mengadakan suruhanjaya diraja siasatan esok berhubung kematian pengawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamad untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap institusi-insitutsi negara ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen itu berkata, Kabinet seharusnya mengetepikan syor inkues daripada Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sebuah suruhanjaya, sebagaimana diputuskan dalam kes Teoh Beng Hock, adalah satu-satunya cara untuk menentukan punca kematian Ahmad Sarbaini.

“Tugas paling segera Kabinet ialah bertindak tegas dan adil dalam (kes) kematian Sarbaini. Biar Najib dan anggota Kabinetnya tidak mengecewakan rakyat Malaysia sekali lagi esok,” kata Kit Siang dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider, hari ini.

Kata Lim, beliau tidak ragu-ragu untuk mengaku bahawa pihaknya tidak meletakkan harapan ke atas suruhanjaya diraja siasatan mengenai kes Teoh tetapi “rakyat Malaysia tidak ada opsyen yang memuaskan” untuk mengetahui punca sebenar kematian Ahmad Sarbaini.

Lim menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya akan berhadapan dengan situasi menunggu perubahan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang jika mereka gagal “untuk bertindak secara tegas dan adil” dalam mengadakan suruhanjaya.

Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.

Kematian penolong pengarah Kastam itu muncul ketika suruhanjaya diraja siasatan Teoh masih berjalan ketika itu.

Minggu lalu, polis mengumumkan pihaknya akan meminta agar diadakan satu inkues dan idea itu dipersetujui oleh Peguam Negara.
-tvsnews-

Tiada ulasan: