"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Aminulrasyid : Mahkamah Tolak Laporan Polis Jenain


SHAH ALAM 10 JUN :  Laporan polis Koperal Jenain Subi tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal tahun lalu.

Dalam penghakimannya Hakim Mahkaman Tinggi Shah Alam, Latifah Mohd Tahar berkata, pihak pendakwaraya seharusnya mengemukakan laporan itu sebelum bermulanya perbicaranaan.  

“Mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mematuhi Seksyen 51(a) (Kanun Keseksaan)... pihak pendakwa seharusnya telah mengemukakan kesemua dokumen agar pihak pembela tahu apa yang akan digunakan terhadap tertuduh,” kata hakim.

Bulan lalu, pihak pendakwa mengambil langkah untuk mengemukakan laporan polis Jenain (gambar) sebagai bahan bukti, yang dibuat selepas remaja itu ditembak mati, untuk menunjukkan percanggahan keterangan dan mendakwanya.

Peguam M. Athimulan, yang mewakili Jenain yang dituduh membunuh Aminulrasyid berusia 14 tahun, berhujah bahawa tindakan pihak pendakwa menafikan perbicaraan yang adil bagi anggota polis itu.

Perbicaraan itu akan diteruskan hari ini dengan pemeriksaan balas ke atas Jenain.
-tvsnews-

Tiada ulasan: