"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dah Lama Asn Dan Asb Haram

mohdnoorawang
Syabas sidang Mufti Selangor, ahli jawatankuasa majlis fatwanya berkata "Pelaburan ASN dan ASB adalah haram dsisi hukum syariah Islam."

Mengapa baru sekarang Majlis Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram pelaburun bentuk pelaburan ASN dan ASB?. Kedua mengapa semasa era negeri Selangor dibawah kuasa BN/UMNOporno tidak menyatakan haram atau sebaliknya pelaburan ASN dan ASB?. 

Sebenarnya pelaburan ASN dan ASB sejak mula dilancarkan oleh kerajaan BN/UMNOporno diragukan hukumnya. Yang jelas pelaburannya tidak mengikut sepenuhnya kaedah pelaburan Islam. Pelaburan ASN dan ASB banyak tertumpu kepada kaeadah pelaburan konvensional.

Walauapa pun diucapkan syabas kepada kerajaan negeri Selangor dibawah pakatan rakyat dan majlis fatwa Negeri Selangor dan Muftinya bertindak sedemikian mengenai pelaburan ASN dan ASB.

Negeri Selangor bertindak bijak dan mendahului kerajaan negeri yang lain walaupun agak terlewat, Tak mengapa asalkan berindak mengikut lunas lunas Islam.

Tiada ulasan: