"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis mohon bantuan Nurul Izzah untuk kahwin jejaka Burma

NONEHarapan seorang gadis dari Perak untuk bersuamikan seorang lelaki warga asing tidak kesampaian kerana jejaka idamannya itu adalah seorang pelarian Burma yang statusnya disahkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR).

Sehubungan itu, Amirah Ismail memohon bantuan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bagi menyelesaikan masalahnya itu untuk berkahwin dengan David Sing Lian Pam atau nama Islamnya Mohd Daniel Abdullah 

"Saya harap dapat sangat berkahwin (dengan Mohd Daniel). Saya bertemu dengannya sejak satu tahun yang lalu," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen itu.

NONEDitanya sama ada Amirah mendapat restu daripada keluarga termasuk ibu bapanya, Amirah berkata kedua-dua orang tuannya telah meninggal dunia.

"(Tetapi) Kakak saya tidak ada masalah dengan saya (untuk memberi persetujuan)," katanya.

Amirah berkata, kekasihnya itu kini berumur 28 tahun, tidak boleh bekerja di Malaysia dan tinggal bersama-sama bapa saudaranya sejak tiga tahun yang lalu.

Menceritakan, bagaimana dia jatuh cinta dengan pemuda Burma itu, Amirah berkata beliau bertemu dengan pemuda itu ketika bekerja di sebuah restoran di Kelana Jaya pada bulan Ogos tahun lalu.

"Dia masuk Islam dahulu pada bulan Mei, (selepas itu) baru kami bercinta," katanya.

Berdasarkan Akta Imigresen 1959, seseorang pelarian yang tidak mempunyai dokumen tidak dibenarkan berkahwin dengan warga negara Malaysia.

Ditanya reaksi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sewaktu mula-mula mahu berkahwin dengan Mohd Daniel, Amirah berkata mereka memberitahu pelarian tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat negara ini.

NONEMengulas masalah Amirah itu, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata beliau akan cuba mendapatkan maklum balas lanjut dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tambahnya masalah Amirah yang mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai akan juga dibawa ke pengetahuan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menentukan langkah susulan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Kita akan buat langkah sususlan bukan sahaja untuk hak kepada pelarian, tetapi juga hak untuk rakyat Malaysia yang membuat keputusan untuk berkahwin... Kita tidak mahu mereka ini dizalimi di negara ini," katanya sambil menyatakan simpatinya kepada pasangan itu.

Katanya, hasrat mereka tidak kesampaian apabila terikat dengan Akta Imigresen 1959 tidak membenarkan mana-mana pelarian yang tidak ada dokumen sah untuk berkahwin dengan warga negara Malaysia.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: