FMT Reporters
Lelaki berusia 30-an didakwa membiarkan rumahnya dalam keadaan tidak baik dan diliputi tumbuhan rimbun mengikut Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang lelaki didenda RM150 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, kerana membiarkan rumahnya di Taman Seri Putra, Banting, dipenuhi semak-samun.
Lelaki berusia 30-an itu didakwa membiarkan premisnya dalam keadaan tidak baik dan diliputi tumbuhan rimbun mengikut Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengingatkan semua pihak memastikan kediaman dalam keadaan bersih, teratur dan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran serta penduduk setempat.
MPKL dalam kenyataan berkata tindakan akan diambil terhadap individu melanggar undang-undang, menurut Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan