"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemenangan Pas di Kemaman dibatalkan

HarapanDaily.com

K PRAGALATH

Pas hilang kerusi Kemaman yang dimenangi calonnya Che Alias Hamid setelah Hakim Mahkamah Tinggi Anselm Charles Fernandis membatalkan kemenangan Alias.

Hakim tersebut membenarkan petisyen yang difailkan oleh Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil bagi pihak BN, lapor Malaysiakini.

Pada 13 Februari Mahkamah Pilihanraya menolak petisyen tersebut apabila ia membenarkan bantahan awal Che Alias yang mengutarakan hujah bahawa petisyen tersebut tidak lengkap dan mempunyai fakta salah untuk menyokong dakwaan rasuah ketika PRU-15.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 2 Mei membenarkan rayuan yang difailkan petisyen kes tersebut didengar dalam perbicaraan penuh.

Che Alias telah memenangi kerusi Kemaman dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 27,179 undi.

Tiada ulasan: