MAISARAH AISYA
Kanak-kanak zaman sekarang dilihat terlalu obses dengan gajet sehingga melakukan perkara di luar jangkaan apabila ia dirampas.
Dua beradik dari Amerika Syarikat sanggup membawa diri sejauh lebih 300 kilometer (km) dengan menaik sebuah kereta selepas merajut dengan ibu mereka.
Menurut Harian Metro, kedua-duanya hanya berusia 11 tahun dan 10 tahun serta yang membawa kereta adalah si adik.
Nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pihak polis di Florida berjaya menghentikan kenderaan dinaiki mereka itu dalam satu operasi khas di lebuh raya.
Pemandu bersama kakaknya itu ditahan di Alachua, ratusan kilometer dari tempat mereka dilaporkan hilang oleh ibu mereka, awal minggu lalu.
Pejabat Syerif Daerah Alachua berkata, kejadian itu pada lewat malam, Khamis lalu dan terkejut melihat kanak-kanak keluar dari bahagian pemandu.
“Amat mengejutkan polis melihat seorang pemandu lelaki berusia 10 tahun keluar bersama kakaknya,” katanya.
Menurut pejabat tersebut, siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu merajuk dengan ibu mereka kerana mengambil peranti elektronik kerana pengunaan berlebihan.
“Tiada sebab lain untuk menilai kes mereka membabitkan penganiayaan di rumah
“Detektif kami bercakap dengan ibu mereka dengan panjang lebar yang jelas melakukan yang terbaik untuk membesarkan dua anak kecil itu,” katanya.
Kereta sedan putih yang dinaiki dua beradik itu dilaporkan hilang oleh ibu mereka di North Port, Florida, sebuah bandar, kira-kira 320 km dari Alachua.
Ibu kanak-kanak itu kemudian memandu tiga jam ke utara ke Alachua untuk mengambil dua beradik tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan