HarapanDaily.com
SITI NUR ZAWANI
Setiap bulan ADUN dan barisan Exco kerajaan diberi sejumlah gaji dan elaun untuk mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Gaji yang diberikan perlu seiring dengan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Namun berapa sebenarnya gaji seorang YB yang berkhidmat di Kelantan?
Persoalan ini timbul kerana Kelantan sehingga kini masih lagi antara negeri termiskin di Semenanjung biarpun Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan cukup besar untuk negeri itu.
Menurut pendedahan dibuat Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hisyamuddin Ghazali, gaji wakil rakyat di Kelantan adalah sebanyak RM27,922 sebulan, setakat tahun 2020.
Peruntukan itu termasuklah gaji sebagai ADUN dan beberapa elaun khas.
“Kaya jadi YB Pas di Kelantan, gaji RM27,922 sebulan!
“Selepas ini rakyat jangan percaya jika YB Pas kata tak ada pitih, duit mereka banyak sebenarnya.
“Mereka tipu ja mereka fahami masalah rakyat, waktu tempoh lock down Covid-19 tahun 2020, elok-elok mereka naikan gaji tok wakil mereka RM3,000-RM5,000 seorang,” kata Hisyamuddin atau Syam Ghaz.
Berikut adalah gaji dan elaun seorang YB di Kelantan (setakat tahun 2020)
1. Gaji – RM10,222
2. Elaun keraian – RM2,500
3. Elaun Adun – RM8,000
4. Elaun khas – RM3,000
5. Elaun tetap perjalanan* – RM800
6. Elaun kakitangan pejabat – RM1,100
7. Elaun sewa pejabat – RM600
8. Elaun tetap pemandu – RM1,100
9. Elaun telefon – RM300
10. Elaun – RM300
Keseluruhannya berjumlah RM27,922. Bagi elaun perjalanan sebanyak RM800, ia berubah mengikut trip perjalanan.
Perkongsian Syam Ghaz itu menimbulkan banyak reaksi pengguna media sosial yang menganggap gaji diterima ADUN Pas tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan untuk rakyat negeri itu.
Pada 2020, ADUN dan barisan exco kerajaan Kelantan diumum akan menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.
Alasan gaji wakil rakyat Kelantan di naikkan RM5,000 adalah untuk merapatkan perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain.
Alasan tersebut dikritik banyak pihak kerana menaikkan gaji wakil rakyat dalam keadaan negeri itu masih mundur, adalah tidak wajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan