"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keindahan pekerti Rasulullah tidak pernah mencela, memfitnah contoh ikutan terbaik

HARAPAN DAILY

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.

Menerusi perutusan Maulidur Rasul 1445H di laman Facebook malam ini, beliau berkata, perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia MADANI.

Tiada ulasan: