"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aman Palestin: Siasatan SPRM komplot terancang, pembunuhan karakter

Malaysiakini

Aman Palestin menyifatkan tindakan SPRM dalam menyiasat pertubuhan itu, termasuk membekukan akaun, sebagai komplot terancang dan propaganda jahat.

"Tindakan SPRM semenjak kenyataan media bertarikh 23 Nov 2023 sehingga sekarang dengan pembocoran maklumat-maklumat siasatan (yang dinafikan dakwaan-dakwaan itu) merupakan satu komplot terancang dan propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya," kata peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dalam sidang media malam ini.

Turut hadir dalam sidang media adalah CEO Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut dan pengarah eksekutif Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Tiada ulasan: