"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan polis dibuat terhadap Chegu Bard yang menggelar Anwar Ibrahim sebagai dajal

HarapanDaily.com

Angkatan Muda PKR Selangor telah membuat laporan polis terhadap ketua penerangan Bersatu Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin ekoran tindakan Badrul yang menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dajal.

Kumpulan AMK PKR Selangor diketuai oleh timbalan skuad dan mobilisasi AMK Selangor Firdaus Abdol Samad.

“Saya percaya bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tersebut mampu mendatangkan mudarat awam di samping mempunyai elemen jenayah yang bersifat menghina dan fitnah serta mampu mendatangkan kebencian atau penghinaan bagi membangkit rasa tidak setia terhadap kerajaan terutamanya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kenyataan individu tersebut juga boleh menimbulkan suasana tidak harmoni perpecahan serta perasaan permusuhan, saling membenci yang jelas berniat jahat dan mampu menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

“Sehubungan dengan itu, pohon siasatan dan tindakan undang-undang secara tegas dibuat ke atas Badrul,” katanya.

Tindakan Firdaus ini adalah selaras dengan seruan ketua AMK Adam Adli yang menyeru sayap yang diketuainya itu membuat laporan polis di seluruh terhadap Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Dalam sesi ceramah perdana PRK Kemaman yang bernama Ceramah Teguh Pertahan PRK Kemaman pada 26 Nov di Markas UDM Dadong, Kg Tebak Batu 16, Badrul menggambarkan Anwar sebagai dajal yang menjanjikan pelbagai perkara demi mengukuhkan sokongan.

Chegu Bard menggelar Anwar sebagai dajal ekoran kegagalan Perikatan Nasional memperoleh peruntukan kawasan parlimen.

Anwar mahukan blok pembangkang tersebut berunding dengan blok kerajaan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tiada ulasan: