FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang wanita maut dipercayai mengalami keracunan gas monoksida ketika berada dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak, di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, malam tadi.
Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 10.17 malam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang juga rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati, kematian wanita tersebut berpunca daripada keracunan gas monoksida,” katanya menurut Kosmo.
Rosdi berkata, lelaki berkenaan masih menerima rawatan di HRPZ II.
Beliau juga mengingatkan tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu bagi menghormati privasi keluarga mangsa.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan