"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan

Alias Abd Rani

am@hmetro.com.my

Muar: Seorang buruh kontrak menangis ketika dijatuhi hukuman penjara 8 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kakak ipar serta menceroboh rumah ibu mentuanya, Khamis lalu.

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu yang mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua, lima bulan penjara.

Hukuman penjara dijalankan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap kakak iparnya dengan tujuan mencabul kehormatan di sebuah rumah di Jalan Air Hitam-Muar, di sini, jam 10.30 pagi, 23 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menceroboh rumah ibu mentuanya berusia 67 tahun dengan semua tarikh, masa dan tempat kejadian berlaku di lokasi sama.

Untuk pertuduhan ini, didakwa didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 451 kanun sama, penjara sehingga dua tahun dan juga denda.

BURUH kontrak dipenjara lapan bulan dan satu sebatan selepas mengaku mecabul kakak ipar serta menceroboh rumah ibu mentuanya. FOTO Alias Abd Rani

BURUH kontrak dipenjara lapan bulan dan satu sebatan selepas mengaku mecabul kakak ipar serta menceroboh rumah ibu mentuanya. FOTO Alias Abd Rani

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa menceroboh rumah mentuanya dengan mengumpil tingkap belakang.

Sebaik memasuki rumah, tertuduh meluru ke arah kakak iparnya yang ketika itu sedang melipat kain sebelum menutup matanya menggunakan tangan.

Kesempatan itu diambil tertuduh untuk mencabul dan mangsa cuba melawan serta mengambil telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga bagi meminta pertolongan namun gagal.

Pengadu kemudian bertindak menggigit dagu tertuduh menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

Tertuduh akhirnya ditahan pada jam 12 tengahari, hari sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK).

Tiada ulasan: