"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Bekas pengerusi JPKK tipu tuntutan bantuan banjir didenda RM5,000

TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Abd. Wahab (tengah) didenda RM5,000 kerana mengemukakan tuntutan bantuan banjir palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Perbuatan tidak amanah seorang bekas pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPPK) sebuah kampung di Dungun mengemukakan tuntutan bantuan banjir palsu pada tahun lalu berbalas apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan demikian selepas tertuduh, Abdul Wahab Idris, 64, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

“Hukuman ini setimpal dan wajar dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat amnya.

“Jika kesalahan ini tidak dibendung, dibimbangi ia akan berkembang sehingga merugikan kerajaan. Mahkamah berdoa agar hukuman ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Abdul Wahab didakwa menipu seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan memperakui dan menandatangani borang pengesahan daftar nama mangsa banjir.

Tertuduh didakwa menyenaraikan nama anak kandungnya bagi mendapatkan bantuan wang ihsan (BWI) bencana banjir meskipun tidak layak menerimanya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan dia pada bulan April 2022 di daerah Dungun.

Abdul Wahab didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: