"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada sahaja dalil halalkan cara, ulasan Ustazah Asma memualkan

HarapanDaily.com
Ada sahaja dalil halalkan cara, ulasan Ustazah Asma memualkan
NORMAN RADZUAN

Siapa yang sudah menonton dalil Ustazah Asma Harun mengenai konsert di Kelantan?

Saya nak kata terkejut, tidak sebab bagi saya dia ini ustazah politik, cuma perasaan saya memualkan dan geram kerana hukum agama saya dipermainkan begitu sekali.

Oh, rupanya konsert yang ada promosi itu teruk dan konsert yang ‘ustajah’ tak tahu, tidak mengapa?

Apa kena mengena hujah promosi dan harga tiket beratus dan beribu ringgit itu dengan hukum Allah?

Adakah orang nak bermaksiat buat senyap-senyap di hotel itu haram berbanding mereka lakukan di dalam kereta itu haram. Alasan orang tidak tahu?

Hello, ustajah sama ada ada promosi atau tidak, tiket mahal atau tidak, maksiat tetap maksiat.

Haram tetap haram. Saya bukan ustaz tetapi saya ada akal walaupun orang tuduh saya Islam liberal tetapi saya tidak tunggang agama.

Sebab itu, saya katakan jika jadi Dr, ustaz, ustazah, jangan sertai parti agama sebab nanti kamu jadi bebal dan hujah kamu tidak konsisten.

Kamu menghukum ikut selera kamu. Kamu hanya menunggang agama untuk memperbodohkan orang Melayu Ustajah.

Ada sahaja alasan untuk membodohkan pengikut mereka kononnya Loy Krathong perayaan orang Siam dan disebabkan itu dibenarkan permit hiburan sebegitu rupa.

Di Siam itu sendiri tempat tanah air orang Siam elok sahaja mereka meraikan perayaan Loy Krathong ini.

Begitu juga di Pulau Pinang. Yang kamu kononnya menegakkan agama Islam, mengapa begitu ghairah sekali ia diraikan?

Kamu benarkan konsert menjolok mata boleh, konsert Coldplay tak boleh sebab harga tiket mahal dan kamu tidak mahu menontonnya.

Orang Melayu kena boikot McD dan pekerja McD yang bekerja kamu katakan tidak sensitif dengan nasib Palestin. Tapi kamu guna Mercedes yang menyumbang untuk Israel boleh sebab kamu guna kereta kayangan itu.

Kamu bersama Dewan Himpunan Kafir boleh bekerjasama begitu juga dengan DAP boleh, orang lain tidak boleh bekerjasama dengan orang kafir. Kamu tunggang ayat “tahaluf siyasi”.

Kamu guna ayat al-Quran untuk mendapatkan peruntukan ahli Parlimen tapi waktu kamu jadi kerajaan kenapa kamu tidak beri peruntukan kepada ahli Parlimen, mengapa tidak guna dalil ayat al-Quran yang sama?

Lihatlah pelbagai ancaman bunuh di laman sosial dan ia sangat-sangat menakutkan hanya kerana berlainan ideologi politik.

Jujur saya katakan Pas telah membuatkan orang Melayu berpecah belah sejak zaman mereka mengkafirkan UMNO lagi.

Orang Melayu sudah memasuki fasa ketaasuban yang kronik. Kita wajib sedarkan rakyat.

Tiada ulasan: