KOSMO!
TEH O ais lemon tetapi tiada hirisan buah itu di sebuah kedai di Singapura. - Foto Stomp
SINGAPURA – Seorang pelanggan berasa kecewa kerana harga teh O ais lemon yang dipesannya di sebuah kedai kopi telah meningkat di Singapura, lapor portal berita Stomp semalam.
Namun, apa yang lebih menyedihkan pelanggan itu ialah walaupun harganya meningkat, tiada hirisan lemon yang terdapat di dalam teh O ais tersebut.
Harga teh O ais lemon itu dinaikkan sebanyak S$0.10 sen (RM0.34) kepada $1.90 (RM6.62).
“Bukan sahaja harganya meningkat S$0.10 sen lagi kepada S$1.90, minuman yang dihidangkan kepada saya adalah tanpa lemon.
“Harga telah naik! Mereka mengambil lemon itu juga. Ia sebelum ini diberikan pada masa lalu.
“Perkara ini tidak pernah berlaku. Inflasi telah ada di sini (Singapura),” katanya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan