"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jemaah haji menjerit minta wang depan Kaabah

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan jemaah itu menepuk Kaabah berkali-kali sambil menjerit meminta wang. - Instagram @infookutiimur
MEKAH  –  Perbuatan seorang jemaah haji Indonesia yang selamba menjerit meminta wang  ketika dia berada di hadapan Kaabah mengundang perhatian netizen, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infookutiimur, lelaki berkenaan dilihat menjerit meminta duit sambil berulang kali menepuk dinding Kaabah.

“Ya Allah minta duit! Ya Allah, minta duit Ya Allah!” jerit lelaki itu. 

Tindakan jemaah terbabit dirakam oleh seorang jemaah  lain, yang juga berasal dari Indonesia. 

Rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan komen buruk terhadap lelaki itu, namun sebilangan mereka meminta netizen untuk tidak menghukum seseorang secara melulu. 

“(Jika hendak minta wang) seharusnya pergi ke Gunung Kawi, tidak perlu pergi jauh sampai ke kota suci Mekah,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Mungkin anda tidak tahu betapa susah kehidupannya. Mungkin sebelum ini dia tidak makan selama seminggu. Jadi bersangka baik,” kata netizen lain. 

“Positif. Dia minta duit banyak untuk diri sendiri dan bersedekah serta membahagiakan orang ramai,” tambah seorang pengguna laman sosial lain. – AGENSI

Tiada ulasan: