"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak lelaki 10 tahun yang degil ‘dicampak’ keluar dari pesawat

KOSMO

BOGOTA – Seorang penumpang kanak-kanak berumur 10 tahun dipaksa keluar dari sebuah penerbangan di Colombia selepas mengamuk apabila diminta untuk memakai tali pinggang keledar, lapor akhbar New York Post semalam. 

Kejadian melibatkan penerbangan jarak dekat, Latam Airlines di Colombia. 

Kanak-kanak lelaki degil itu diminta meninggalkan pesawat berkenaan sebelum ia berlepas kerana gagal mematuhi arahan kru kabin. 

Klip video kejadian dirakam oleh seorang penumpang lain dan tular di media sosial.

Penumpang tersebut meluahkan kekecewaannya berhubung gangguan itu yang mengakibatkan pesawat lewat berlepas.

Menurut akhbar tempatan, situasi itu berlarutan selama sejam sebelum anggota pasukan keselamatan tiba untuk membantu mengusir keluar kanak-kanak itu bersama bapanya. 

“Penumpang yang dihormati, kami sebelum ini memaklumkan kepada anda bahawa jika peraturan tidak dipatuhi, kami tidak boleh memulakan penerbangan.

“Sekarang kami sedang menunggu penumpang yang tidak mematuhi peraturan untuk turun dari kapal terbang,” kata seorang kru kabin dalam video itu. 

Pada masa sama, orang ramai juga didengari menjerit kepada bapa kanak-kanak lelaki itu supaya keluar daripada pesawat. – AGENSI

Tiada ulasan: