"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pempengaruh media sosial selamba bawa harimau bersiar-siar

Agensi
Tindakan pempengaruh media sosial Nadia Khair membawa harimau bersiar-siar cetus pertikaian pelbagai pihak. FOTO Agensi
Tindakan pempengaruh media sosial Nadia Khair membawa harimau bersiar-siar cetus pertikaian pelbagai pihak. FOTO Agensi
Abu Dhabi: Pempengaruh media sosial Nadia Khair yang terkenal dengan perkongsian fesyen, kereta mewah serta vlog mendapat perhatian baru-baru ini selepas videonya bersiar-siar dengan seekor harimau di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tular.

India Times melaporkan, dalam video itu, Nadia mengatakan harimau itu haiwan peliharaannya.

"Membawa harimau peliharaan saya berjalan-jalan di Dubai adalah berbeza," tulisnya pada kapsyen di hantarannya.

Nadia Khar dilihat memakai pakaian lusuh ketika berjalan seekor harimau di dalam zoo dan taman awam di Dubai.

Kelihatan pempengaruh itu memegang tali harimau.

Video itu meraih enam juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.

Ramai juga warganet meninggalkan ruangan komen di hantaran berkenaan

"Bagaimana kamu boleh berjalan-jalan seperti ini di Dubai dan tidak menghadapi masalah?," tulis seorang warganet.

"Wah, beraninya kamu," tulis warganet lain.

Bilangan haiwan eksotik yang menjadi haiwan peliharaan di Dubai dilaporkan meningkat.

Ia termasuk haiwan pemangsa besar seperti harimau, singa dan beruang, serta lebih banyak pilihan konvensional seperti monyet dan zirafah.

Haiwan itu dipelihara secara peribadi zoo di dalam rumah.

Humaid Abdullah, sebagai contoh, meminta selebriti melawat koleksi haiwan liarnya.

Bagaimanapun, amalan itu menimbulkan persoalan mengenai kebajikan dan keselamatan haiwan berkenaan.

Tiada ulasan: