Agensi

Mayat Anne Porter ditemukan di pantai dekat Brighton, UK. FOTO Agensi
London: Mayat seorang wanita ditemukan di pantai di Brighton, United Kingdom (UK) iaitu 225.3 kilometer (km) dari tempatnya hilang.
Metro UK melaporkan, Anne Porter kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya di Jersey pada Oktober tahun lalu ketika menuju ke pantai tempatan, Greve De Lecq.
Kehilangannya mencetuskan pencarian besar-besaran dengan pengawal pantai, anggota bomba dan pasukan bot penyelamat semuanya melakukan pencarian di sekirar kawasan berkenaan untuk menjejaki Anne.
Selepas lapan bulan, Polis Jersey mengesahkan mayat wanita itu ditemukan.
"Mayat terletak di pantai di Brighton yang kini disahkan melalui padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dengan Anne.
"Doa kami adalah untuk suami, keluarga, dan rakannya," kata Ketua Detektif Inspektor Mark Hafey, yang mengetuai penyiasatan.
"Kami prihatin terhadap kebajikan Anne Potter. Kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari ini. Dia dipercayai menuju ke barat ke arah Greve De Lecq.
"Dia dipercayai memakai jaket hitam dan seluar denim biru," tulis polis menerusi satu hantaran di Facebook (Fb) pada 20 Oktober tahun lalu.
Dalam satu hantaran yang dibuat tiga hari kemudian, ia menulis "Pencarian meluas di pantai utara yang merangkumi dari Greve de Lecq barat ke L'Etacq dan timur ke Sorel Point dijalankan dan diselaraskan oleh Polis Jersey (SOJP)
"Pasukan penyelamat dron dan CI Air Search menjalankan pencarian di sepanjang pantai utara dan akan terus berbuat demikian.
"Pencarian garis pantai selanjutnya telah dijalankan di sepanjang pantai pantai barat Jersey.
"Pendekatan pelbagai agensi telah digunakan dalam mencari Anne."
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan