"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Mayat 3 beranak ditemukan mereput, kesan torehan pada lengan anak

BERNAMA

Seremban: Tiga sekeluarga ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal dekat sini, pada 4.53 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten KomisionerMohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk dari rumah berkenaan yang berkunci.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis dan bomba ke rumah berkenaan dan memotong kunci mangga pagar rumah terbabit.

"Pemeriksaan kemudian menemukan tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur.

"Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga mayat ahli keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 61 tahun, isterinya 59 tahun dan anak lelaki mereka berusia 30 tahun," menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Hatta berkata pemeriksaan forensik menemukan kesan torehan pada lengan kanan anak lelaki pasangan itu, manakala mayat ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan.

"Turut ditemukan empat pisau terdapat kesan darah dipercayai digunakan semasa kejadian serta pelbagai jenis ubat yang digunakan di atas meja ruang tamu rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Tiada ulasan: