"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perut ditikam kenalan sampai terburai usus

Buletin TV3 
TAWAU: Seorang lelaki cedera parah dengan usus terburai selepas ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.43 petang itu, pergaduhan dikatakan tercetus selepas kedua-dua lelaki terbabit yang juga buruh kasar dan saling mengenali, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sebelum berlaku pertengkaran mulut yang membawa kepada kejadian tikaman menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 memaklumkan mengenai insiden pergaduhan di kawasan terbabit.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama Unit MPV bergegas ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki kira-kira jam 5 petang di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah menggunakan senjata, dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen sah.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) akta sama untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan mangsa terbaring dalam keadaan lemah dan menyayat hati dengan usus terkeluar namun masih sedarkan diri sampil diperhatikan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Tiada ulasan: