"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: ‘Datuk John’ akan didakwa enam pertuduhan seludup minyak masak ke Siam

MUSTAQIM MOHAMED
Anggota polis membawa ‘Datuk John’ selepas prosiding sambung reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan dikenali ‘Datuk John’ yang dipercayai menjadi dalang sindiket penyeludupan minyak masak peket ke Thailand akan didakwa di mahkamah pada Rabu ini atas enam pertuduhan menyeludup minyak masak peket ke Thailand.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, tujuh lagi individu termasuk dua anggota penguat kuasa yang ditahan berkait kes tersebut dibebas dengan jaminan polis.

Menurutnya, kesemua suspek kecuali ‘Datuk John’ dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman tamat hari ini.

“Hanya ahli perniagaan itu disambung reman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung rampasan lebih 11 tan minyak masak peket bernilai RM27,625.

“Datuk John akan didakwa atas enam pertuduhan di mahkamah pada Rabu ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, siasatan mendapati, sindiket yang didalangi ‘Datuk John’ itu disyaki menyeludup minyak masak pekey ke Thailand melalui dua laluan iaitu menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.-KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: