Bersatu Negeri Sembilan bergolak, Chegu Bard dakwa Hanifah Abu Baker macam-macam
K PRAGALATH
Pergolakan di dalam Bersatu belum surut lagi. Sekurang-kurangnya, belum di Negeri Sembilan.
Di Negeri Sembilan, ketua bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menyoal mengapa pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker dan naib ketua Bersatu – Bersekutu Sanjeevan Ramakrishnan menjalankan program di Port Dickson tanpa memaklumkan bahagian tersebut.
Hanifah yang mesra dikenali Anip sebagai juga ialah Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, pengerusi PAC negeri, pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan dan Adun Labu.
Anip turut didakwa melantik orang sebagai penyelaras DUN yang bakal menjadi calon pilihan raya.
Chegu Bard mendakwa Anip gagal berfungsi sebagai pengerusi PAC, ketua pembangkang dan pengerusi badan pengerusi negeri.
Beliau turut mendakwa bahawa Anip gagal membangkitkan isu-isu yang membelenggu rakyat.
Selain itu Chegu Bard mendakwa bahawa Anip merosakkan nama presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin dan mengadu domba dalam kalangan pemimpin pusat.
Semua tuduhan tersebut dinukilkan dalam satu hantaran Facebook semalam.
Sementara itu, Hanifah enggan mengulas berkenaan tuduhan Chegu Bard.
“Ia isu dalaman parti. Saya tak nak komen,” katanya ketika dihubungi.
Sanjeevan juga enggan mengulas tohmahan yang dibuat oleh Chegu Bard.
“Saya tidak ingin membalas tohmahan seorang pemfitnah bersiri,” katanya dalam mesej WhatsApp.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan