"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Pemandu lori direman lima hari, disyaki rogol kanak-kanak 12 tahun

Adie Sufian Zulkefli

Mangsa dipercayai mengenali suspek melalui aplikasi media sosial sebelum dua pertemuan berlaku, termasuk insiden serangan seksual. - Astro AWANI

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori berusia 22 tahun telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Sungai Petani, Mohamad Azlan Basri, bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan bahawa suspek ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sekitar jam 1.30 pagi tadi di kawasan Kampung Bakar Kapor.

Menurut beliau, mangsa yang masih bersekolah dipercayai mengenali suspek melalui aplikasi media sosial pada 24 September lalu.

Mereka bertemu buat kali pertama pada 29 September, di mana suspek didakwa telah meraba mangsa.

Suspek yang masih bujang kemudian mengajak mangsa bertemu sekali lagi sekitar jam 8.30 malam tadi, sebelum didakwa membawa mangsa ke belakang sebuah rumah di Kampung Bakar Kapor dan merogolnya.

Mangsa pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya, sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Tiada ulasan: