"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes rogol: Bekas ADUN Tronoh dipenjara 8 tahun, 2 sebatan

Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong – Foto Fail NSTP

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, diarahkan untuk mula menjalani hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan rotan hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes rogol pada 2019 membabitkan pembantu rumah warga Indonesia.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebulat suara memutuskan bahawa sabitan terhadap lelaki berusia 55 tahun itu oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, yang turut disahkan melalui keputusan majoriti oleh Mahkamah Rayuan, adalah selamat.

Tiada ulasan: