"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tersangat sibuk Mak Cik Umno seorang ini

Al-Brangi
Adalah sorang Mak Cik nih, bukan sibuk lagi bila dengar 3 wanita disebat. Kononnya dia mahu setiap hukuman yang dikenakan ke atas wanita mestilah dibuat dengan adil dan saksama.

Dan juga Mak Cik sorang nih nak pantau semua 'kerja' sebat-menyebat. Amboi Mak Cik, kira nak jadi mandur ke nak jadi towkay?

Oi Mak Cik, bukan main lagi. Jangan pertikai hukuman yang Mahkamah sudah laksanakan. Mak Cik nih macam menghina Mahkamah saja.

Tapi tulah, dalam Malaysia nih, asalkan dia jenama UMNO, seluruh institusi Kerajaan, seluruh instrumen Kerajaan amat 'menikus', mengecut,untuk bertindak.

Mana lebih berotoriti, di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Sebatan dijalankan kerana mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Mak Cik tu sepatutnya sibuk pasal perkara-perkara yang menjerumus pesalah-pesalah tadi ke lembah itu.

Tempat-tempat maksiat, hiburan melampau, tidak menutup urat dan sebagainya sepatutnya dititik beratkan, bukan pasal hukuman atau caramana melaksanakan hukuman.

Mak Cik buatlah kerja Mak Cik, janganlah ganggu kerja Mahkamah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sebelum Mak Cik ni nak sibuk pasal kes SEBAT ni,taukah anda bahawa MakCik ni dah pun SEBAT wang rakyat????semasa pemerintahan Pak Llah??? Cuba check...Makcik ni dah
dapatkan peruntukan ratusan JUTA RINGGIT yang telah disalurkan kepada projek LEMBU suaminya....
PROJEK ini setakat ini masih belum
berjaya......
Jadi JANGAN LAH MAK CIK ni SIBUK2 PASAL HUKUM SEBAT SYARIAH,tapi apa hukum yang dia dah SEBAT WANG RAKYAT....!!!!

ZORRO TEAM MALAYSIA