"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Razak Baginda mahu anak lelaki dengan Altantuya, kata saksi

Ranjeet Muthukumar
SHAH ALAM: Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Abdul Razak Baginda inginkan anak lelaki dengan Altantuya Shaariibuu kerana sudah ada anak perempuan dengan isterinya.

Namiraa Gerelmaa berkata, Altantuya memberitahunya ini adalah keinginan Razak, seorang daripada 4 defendan dalam saman sivil yang dibawa oleh keluarga Altantuya.

“Saya ingat dengan jelas dia beritahu saya Razak mahukan seorang anak lelaki kerana dia sudah ada seorang anak perempuan yang sudah besar dengan isterinya,” katanya ketika disoal oleh peguam Sangeet Kaur Deo.

Namiraa, 35 adalah sepupu Altantuya. Beliau berkata Altantuya memberitahu dia dengan Razak seperti “suami isteri”.

Kata Namiraa, Altantuya memberitahunya demikian ketika dia bersama seorang lagi warga Mongolia, Uuriintuya Gal-Ochir, mengiringi Altantuya untuk menemui Razak di Kuala Lumpur.

Ketiga mereka tinggal di Hotel Malaya, selepas tiba di Kuala Lumpur pada Oktober 2006.

Bekas wartawan itu berkata, Altantuya memberitahunya dia berjumpa Razak di Hong Kong pada hujung 2004 dan bermalam dengan Razak.

Katanya, Altantuya juga memberitahunya tentang lawatannya dengan Razak ke United Kingdom dan Perancis.

Saksi ketiga kes itu berkata, Altantuya memberitahunya Razak memperkenalkan Altantuya sebagi “isteri Mongolianya” kepada peguamnya di Malaysia.

“Sebabnya dia mahu memberi sebahagian hartanya kepada Altantuya,” katanya.

Altantuya dibunuh pada 2006 di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam. Dia ditembak di kepala sebelum tubuhnya di letupkan.

Dua anggota pols, Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri, yang menjadi pengawal keselamatan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, didapati bersalah membunuh Altantuya dan dihukum mati.

Razak, pembantu Najib, didakwa bersubahat dengan mereka tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Ayah Altantuya, Shaariibuu Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan anak Altantuya, Mungunshagai, menamakan Razak, kerajaan, Sirul dan Azilah sebagai plaintif dalam saman itu.

Mereka mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhan itu dan menuntut RM100 juta kerugian, termasuk tuntutan tanggungan.

Disoal balas oleh peguam Razak, Manjeet Singh Dhilon, Namiraa berkata suami Altantuya adalah seorang penyanyi terkenal di Mongolia dan sering beraksi di televisyen tempatan.

“Dia masih menjaga Mungunshagai,” katanya.

Namiraa menolak dakwaan Manjeet bahawa dia menokok tambah kenyataannya dan Altantuya sebenarnya hanya memberitahu dia ke Kuala Lumpur untuk bertemu Razak.

Manjeet mencadangkan perkara itu kerana Uuriintuya dalam keterangannya semasa perbicaraan jenayah berkata Altantuya hanya menyebut bertemu Razak.

Perbicayaan bersambung esok di depan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Tiada ulasan: