"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua doktor dipenjara 28 tahun bunuh rakan sekerja wanita, kekasih

Bernama-Dpa

Prague: Bekas ketua doktor di Republik Czech dijatuhi hukuman penjara 28 tahun kerana membunuh secara kejam rakan sekerja wanitanya dan melakukan beberapa kesalahan lain, menurut keputusan mahkamah wilayah di bandar barat Pilsen pada Jumaat, lapor agensi berita CTK seperti yang dipetik oleh agensi berita Jerman dpa.

CTK melaporkan bahawa hakim mendapati lelaki berusia 41 tahun itu terbukti telah membunuh kekasihnya, yang juga seorang doktor, dengan menetak muka mangsa sekurang-kurangnya lima kali menggunakan kapak.

Lelaki itu berkata motifnya ialah kerana wanita berusia 28 tahun itu telah memberitahu isterinya mengenai hubungan mereka melalui SMS.

Mahkamah mengklasifikasikan pembunuhan itu sebagai amat menyeksakan dan kejam.

Sejurus selepas perbuatan kejam itu pada Oktober 2024, lelaki yang disabitkan kesalahan itu dipercayai memandu ke rumah seorang kenalan wanita.

Dia menyerang wanita berusia 37 tahun itu, mencekiknya sehingga pengsan, kemudian menanggalkan pakaiannya dan merogol mangsa.

Dia kemudiannya kembali ke apartmen mangsa pertama, apabila unit khas polis menahannya.

"Doktor sepatutnya menyembuh dan menyelamatkan nyawa, bukan meragut nyawa mangsa," kata hakim.

Ketika perbicaraan, lelaki itu mengaku melakukan jenayah tersebut tetapi menafikan ia dilakukan secara terancang.

Walau bagaimanapun, penilaian pakar menyimpulkan bahawa dia bertindak bukan kerana dorongan emosi tetapi dengan niat yang dirancang.

Pihak pembelaan dan pendakwaan kedua-duanya mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Sindiket pemutihan: SPRM mohon beku 36 akaun bernilai lebih RM3 juta

Malaysiakini 

SPRM dilaporkan memohon untuk membekukan 36 akaun bank berjumlah lebih RM3 juta selepas menahan 11 individu berkaitan siasatan rasuah dalam proses pemutihan pekerja asing.

Menurut Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memaklumkan pembekuan akaun bernilai RM3,121,813.10 itu adalah sebahagian daripada tindakan susulan siasatan pihaknya.

Selain pembekuan akaun, katanya, SPRM turut merampas empat kereta, lima motosikal, dua jongkong emas seberat 0.3 gram, beberapa barangan kemas dianggarkan bernilai RM7,000 serta wang tunai RM116,702.

"Berdasarkan hasil siasatan, rasuah yang diterima adalah bagi mempercepatkan proses RTK (Rekalibrasi Tenaga Kerja) yang dianggarkan sebanyak RM600 untuk setiap pekerja asing.

"Mereka yang ditahan itu adalah bermula gred KP19/KP1 hingga KP38/KP7.

"Setakat ini tiada tangkapan baru dan seramai tujuh saksi sudah dipanggil bagi merakam percakapan," katanya seperti dipetik.

Sebelum ini, SPRM menahan 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta seorang lagi yang sudah bersara, yang dipercayai menerima bayaran bagi mempercepatkan kelulusan permohonan di bawah program RTK.

Pada 13 November lalu, SPRM mendapat perintah reman selama tiga hari terhadap tujuh daripada 11 pegawainya, manakala empat lagi telah dilepaskan dengan jaminan suruhanjaya itu.

Program RTK merupakan skim penetapan semula khas oleh Jabatan Imigresen yang membolehkan majikan menggaji pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah tinggal lebih masa atau tidak mempunyai permit sah.

RTK 1.0 diperkenalkan pada 28 Disember 2020 sebagai program sementara untuk mengesahkan status pendatang tanpa izin, manakala RTK 2.0 berlangsung dari 27 Jan hingga 31 Dis 2023.

Menurut laporan media, dalam tujuh bulan pertama pelaksanaan RTK 2.0, sebanyak 720,099 pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi 51,753 majikan.

Yuran penetapan semula di bawah RTK 2.0 ditetapkan pada RM1,500 bagi setiap pekerja, dengan kadar levi antara RM640 hingga RM1,850 bergantung kepada sektor, selain yuran pas RM60 dan yuran pemprosesan RM125.

Bagaimanapun, siasatan Malaysiakini mendapati terdapat dakwaan bahawa pihak tertentu telah menyeleweng ratusan juta ringgit melalui program tersebut.

Pelajar berkeliaran tanpa pakaian di kampus universiti

KOSMO
Pelajar lelaki itu berjalan di laluan joging dalam keadaan tanpa seurat benang. - Mothership
SINGAPURA – Seorang pelajar sebuah universiti di Singapura ditahan selepas dirakam berkeliaran di kawasan kampus dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor portal berita VNExpress. 

Kejadian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berlaku pada 9 November lalu. 

Rakaman video kejadian yang disiarkan di media sosial menunjukkan pelajar lelaki terbabit berjalan di laluan joging tanpa memakai baju dan seluar. 

Polis bergegas ke NTU selepas menerima aduan sekitar pukul 10.15 pagi (waktu tempatan) berhubung pelajar berkenaan di lokasi 110 Nanyang Crescent berhampiran Pusat Sukan dan Rekreasi.

“Pelajar berusia 22 tahun itu diberkas kerana berbogel di tempat awam. Tiada kecederaan dilaporkan,” kata polis, sambil mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalanklan. 

Seorang jurucakap NTU berkata, pelajar berkenaan ditahan oleh pengawal keselamatan kampus sebelum diserahkan kepada polis. 

“Kami komited untuk mengekalkan persekitaran kampus yang selamat dan dihormati,” kata jurucakap NTU. – AGENSI

Senarai penuh calon PRN Sabah

Nicholas Chung

Pilihan raya kali ini disertai pelbagai parti dan gabungan besar serta entiti tempatan tetapi hanya Warisan bertanding di semua 73 kerusi.

Hajiji, Bung, Phoong, Kintingan, Shafie

Gabungan besar seperti GRS yang dipimpin Hajiji Nor dan BN Sabah yang diketuai Bung Moktar Radin bertanding dalam PRN itu, termasuk parti seperti DAP Sabah bawah PH yang diterajui Phoong Jin Zhe, STAR diketuai Jeffrey Kitingan dan Shafie Apdal mengetuai Warisan.

PETALING JAYA: Seramai 596 calon akan bertanding dalam PRN Sabah ke-17, dengan tiada satu pun pertembungan satu lawan satu dalam pengundian pada 29 Nov.

Seramai 74 bertanding sebagai calon bebas, termasuk beberapa pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah yang tidak dicalonkan parti itu untuk pilihan raya tersebut.

Gagasan Rakyat mengumumkan bahawa ahli-ahli ini akan dipecat serta-merta kerana bertanding menentang calon parti sendiri.

Gabungan besar, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), bertanding di puluhan kerusi, tiada satu pun gabungan yang meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan.

Warisan adalah satu-satunya parti yang mempertaruhkan calon di semua 73 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Impian Sabah — sebuah parti yang agak tidak dikenali — bertanding di 72 kerusi.

Parti tempatan lain yang terlibat dalam PRN ini termasuk Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), kedua-duanya keluar daripada gabungan GRS bulan lalu, serta Upko yang menarik diri daripada PH minggu lepas.

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bertanding di 40 kerusi manakala Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diketuai Ahli Parlimen Julau Larry Sng turut menyertai saingan, walaupun hanya bertanding di tiga kerusi.

Berikut senarai penuh calon yang mengambil bahagian dalam PRN Sabah ke-17, yang berlangsung pada 29 Nov, dengan pengundian awal pada 25 Nov.

N1. Banggi

GRS – Mohammad Mohamarin

BN – Normalah Rasik

PN – Rahimah Majid

Warisan – Zainal Romio

STAR – Salbin Muksin

Parti Impian Sabah – Among Timbul

Parti Kerjasama Anak Negeri – Abdul Razak Abdul Salam

Parti Bumi Kenyalang – Halman Maniuk

Parti Kebangsaan Sabah – Azlan @ Raymon Majumah

Bebas – Sakinolin Mohamad

Bebas – Nasib Samodi

Bebas – Hussin @ Taliyasin Masuddin

Keputusan 2020: Mohammad Mohamarin (Warisan) – 1,773 undi (Majoriti 703)

N2. Bengkok

GRS – Dr Samuil Mopun

BN – Harun Durabi

PN – Berusli Kimin

Warisan – Fauziah Fuad Stephens

Upko – Junsim Rumunzing

STAR – Maklin Masiau

KDM – Richard Mazagi

Parti Impian Sabah – Matin Ugung

Parti Bumi Kenyalang – Gunsanad Malingka

Bebas – Jomin Mogompit

Bebas – Kpd Oding

Keputusan 2020: Harun Durabi (BN) – 2,538 undi (Majoriti 1,337)

N3. Pitas

GRS – Ruddy Awah

BN – Bolkiah Ismail

Warisan – Harun Ismail

KDM – Abd Hamid Kimin

Parti Impian Sabah – Kinchin Boluot

Bebas – Nazri Santong

Keputusan 2020: Ruddy Awah (Bebas) – 2,918 Undi (Majoriti 559)

N4. Tanjong Kapor

GRS – Ben Chong

BN – Kevin Lee

PN – Affan Jumahat

Warisan – Terence Au

Independent – Verdon Bahanda

STAR – Shawn Davey Lee

Parti Damai Sabah – Bonny Berman

Parti Impian Sabah – Jetol Dangin

Parti Kerjasama Anak Negeri – Awang Karim Abdul Kadir

Parti Bumi Kenyalang – Abdul Halim Yussof

Bebas – Abdul Rahim Madtaip

Keputusan 2020: Ben Chong (Warisan) – 7,206 undi (Majoriti 1,879)

N5. Matunggong

GRS – Julita Majungki

KDM – Wetrom Bahanda

Warisan – Jornah Mozihim

Parti Impian Sabah – J Ojilim Asam

Parti Kebangsaan Sabah – Freddy Chong

Bebas – Ainin Ekon

Keputusan 2020: Julita Mojungki (PBS) – 4,369 Undi (Majoriti 1,510)

N6. Bandau

GRS – Redonah Bahanda

BN – Willey Lampaki

PH – Zaidi Jatil

Upko – Suzie Salapan

Warisan – Rizham Abd Rahman

STAR – Shirewin D Patrick

KDM – Jaiping Minsu

Parti Impian Sabah – Sauting Rabuyot

Parti Kebangsaan Sabah – Sitti Haima Jailani

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak – Norman Tulang

Parti Bumi Kenyalang – Robbin Banati

Bebas – Maijol Mahap

Bebas – Jolius Majawai

Keputusan 2020: Wetrom Bahanda (PN) – 5,863 undi (Majoriti 3,363)

N7. Tandek

GRS – Hendrus Anding

Warisan – Jilid Zainuddin Kuminding

Upko – Jamil Majingkin

STAR – Arlinsia Agang

KDM – Benson Tuyundo

Parti Impian Sabah – Abel Pangair

Parti Kebangsaan Sabah – Zaman Bayang

Parti Bumi Kenyalang – James Gantukok

Keputusan 2020: Hendrus Anding (PBS) – 3,796 undi (Majoriti 1,432)

N8. Pintasan

GRS – Pandikar Amin Mulia

BN – Tadzul Radim

PN – Awang Salleh Makmud

Warisan – Abdullah Otong

STAR – Raplin Samat

KDM – Almudin Kaida

Parti Impian Sabah – Lomog Rudin

Bebas – Fairuz Renddan

Bebas – Rizal Saiman

Bebas – Shukree Danchingan

Bebas – Tajuddin Padis

Keputusan 2020: Fairuz Renddan (PN) – 2,744 undi (Majoriti 84)

N9. Tempasuk

GRS – Arsad Bistari

BN – Azuwan Norjan

Warisan – Khidir Lamsil

STAR – Walter Mark Mukis

KDM – John Samud

Parti Impian Sabah – Timuti Majitol

Parti Kebangsaan Sabah – Rimin Maun

Keputusan 2020: Arsad Bistari (BN) – 4,040 undi (Majoriti 1,685

N10. Usukanl

BN lll– Salleh Said Keruak

GRS – Japlin Akim

Warisan – Isnaraissah Munirah Majilis

STAR – Lin Harun

Parti Impian Sabah – Jefris Muadis

Bebas – Ajun Meliyon

Keputusan 2020: Salleh Said Keruak (BN) – 8,280 undi (Majoriti 4,

Upko – Ewon Benedick

GRS – Mudezaim Muyau

Warisan – Norman Simon

STAR – Davylandon Rubbin

KDM – Josely Taising

PBM – Judin Tingih

Parti Impian Sabah – Daibi Mandadi

Parti Kerjasama Anak Negeri – Priskila Akwila

Keputusan 2020: Ewon Benedick (Upko) – 6,823 undi (Majoriti 3,459)

N12. Sulaman

GRS – Hajiji Noor

BN – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin

PN – Siti Aminah Ele

Warisan – Mokthar Hussin

Parti Impian Sabah – Pajudin Nordin

Keputusan 2020: Hajiji Noor (PN) – 5,919 undi (Majoriti 3,099)

N13. Pantai Dalit

GRS – Jasnih Daya

BN – Alfian Sambas

PN – Zulkernain Osman

Warisan – Aliasgar Basri

STAR – Francis Fahir Tongong

KDM – Jaess Gipin

Parti Impian Sabah – Liam Tawil

Keputusan 2020: Jasnih Daya (BN) – 6,868 undi (Majoriti 3,794)

N14. Tamparuli

GRS – Bonaventure Boniface

Upko – Wilfred Madius Tangau

Warisan – Dr Joseph Lee

STAR – Jinitoh Sontori

KDM – James Lunkapis

Parti Impian Sabah – Julia Emelda Ongkili

Parti Kerjasama Anak Negeri – Arthur Erik Lee

Parti Rumpun Sabah – Aliusus Abdul Aziz

Bebas – Raymond Alfred

Bebas – Andrew Mali

Bebas – Vun Yun Fook

Bebas – Razali Koroh

Bebas – Johan Jahid

Keputusan 2020: Jahid Jahim (PBS) – 6,843 undi (Majoriti 3,517)

N15. Kiulu

GRS – Joniston Bangkuai

Warisan – Saibin Gunsari

Upko – Joisin Romut

STAR – Terence Sinti

KDM – Henry Saimpon

Parti Impian Sabah – Niky J Bosikol

Parti Kerjasama Anak Negeri – Trevor Kenneth Maringking

Parti Kebangsaan Sabah – Dusi Gingging

Keputusan 2020: Joniston Bangkuai (PBS) – 4,007 undi (Majoriti 1,221)

N16. Karambunai

GRS – Arshad Idris

BN – Yakubah Khan

PN – Aliakbar Gulasan

Warisan – Ahmad Jais Otong

STAR – Stephen Teo

Parti Impian Sabah – Adis Jalie

Parti Bumi Kenyalang – Yunus Ibrahim

Parti Kebangsaan Sabah – Matkri Kassim

Pertubuhan Gemilang Anak Sabah – Azman Fathil

Parti Damai Sabah – Ajis

Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah – Raynold Saikam Salinggou

Keputusan 2020: Yakubah Khan (BN) – 5,180 undi (Majoriti 16)

N17. Darau

GRS – Razali Razi

BN – Arfandy Abdul Rahman

PN – Nabila Norsahar

Warisan – Azhar Matussin

KDM – Nordin Thani

Parti Impian Sabah – Meriah Osman

Keputusan 2020: Azhar Matussin (Warisan) – 5,805 undi (Majoriti 562)

N18. Inanam

PH – Peto Galim

Warisan – Edna Jessica Majimbun

STAR – Kenny Chua

Upko – Wong Thien Fook

KDM – Lewis Wong

Parti Impian Sabah – Paul Anap

Parti Kerjasama Anak Negeri – Joseph Linggian

Parti Rumpun Sabah – Sumali @ Marino Ahmad

Parti Bumi Kenyalang – Gordon Lai

Pertubuhan Gemilang Anak Sabah – Martin Sibit

Perjuangan Rakyat – Chia Yun Kong

Bebas – Shone Eric Jr Majimbun

Bebas – Dr Roland Chia

Keputusan 2020: Peto Galim (PKR) – 8,586 undi (Majoriti 5,638)

N19. Likas

PH – Phoong Jin Zhe

SAPP – Yong Yit Jee

Warisan – Tham Yun Fook

Parti Impian Sabah – Louis Yong

Parti Kebangsaan Sabah – Ku Yuk Cheong

Parti Bumi Kenyalang – Candy Chiew

Keputusan 2020: Tan Lee Fatt (DAP) – 8,173 undi (Majoriti 7,517)

N20. Api-Api

PH – Thonny Chee

Warisan – Loi Kok Liang

STAR – Ting Shu Kiong

Parti Impian Sabah – Ng Chun Sua

Parti Bumi Kenyalang – Soh Kee Suat

Keputusan 2020: Christina Liew (PKR) – 7,796 undi (Majoriti 5,347)

N21. Luyang

PH – Chan Loong Wei

PN – William Ooi

Warisan – Samuel Wong

SAPP – Gee Tien Siong

Parti Impian Sabah – Paul Chong

Keputusan 2020: Phoong Jin Zhe (DAP) – 15,510 undi (Majoriti 14,521)

N22. Tanjung Aru

Warisan – Junz Wong

PH – Chan Foong Hin

Upko – Dennison R Indang

PN – Suhaimi Buang

STAR – Hiew Choon Yu

Parti Impian Sabah – Yee Wee Ping

Parti Bumi Kenyalang – Loh Ee Eng

Bebas – Zaim Ansawi

Bebas – Ritchie Jay Cheng

Keputusan 2020: Junz Wong (Warisan) – 5,685 undi (Majoriti 3,147)

N23. Petagas

PH – Awang Husaini Sahari

Warisan – Uda Sulai

Upko – Jason Lee

PN – Dr Afifi Saif

STAR – Annita Shiela F Among

KDM – Adelaide Cornelius

Parti Impian Sabah – Aslin Samat

Parti Kerjasama Anak Negeri – Sabrezani Sabdin Ghani

Bebas – Patrick Manius

Bebas – Awang Ahmad Sah Sahari

Keputusan 2020: Awang Ahmad Sah Sahari (Warisan) – 4,125 undi (Majoriti 261)

N24. Tanjung Keramat

GRS – Shah Alfie Yahya

BN – Jeffery Nor Mohamed

PN – Farish Adamz Shah

Warisan – Firdaus Diun

Upko – Rosdy Wasli

STAR – Azni Salleh

KDM – Segarah Miasin

Parti Impian Sabah – Mahadthir Asbollah

Parti Kerjasama Anak Negeri – Mil Kusin Abdillah

Parti Bumi Kenyalang – Jasni Matlani

Bebas – Saifullah Phang

Keputusan 2020: Shahelmey Yahya (BN) – 4,594 undi (Majoriti 1,124)

N25. Kapayan

PH – Jannie Lasimbang

Warisan – Chin Tek Ming

Upko – Billy Joe Dominic

STAR – Bernard Logijin

KDM – Dr Edwin Bosi

Pejuang – Lasius Miki

Parti Impian Sabah – Chin Ling Ling

Parti Kerjasama Anak Negeri – Wong Kong Fooh

Parti Bumi Kenyalang – Kuo Lee On

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak – Sylvester Molukun

Bebas – Cyril Gerald Liew

Bebas – Land Lip Fong

Bebas – Sabariah Aziz

Keputusan 2020: Jannie Lasimbang (DAP) – 15,052 undi (Majoriti 13,163)

N26. Moyog

GRS – Joeynodd Aiiko Ronald C Bansin

PH – Remysta Taylor

Warisan – Terrence Siambun

Upko – Donald Peter Mojuntin

PN – Francis Mojikon

STAR – Joe Suleiman

KDM – Mckery Victor Ninin

Parti Impian Sabah – Cleftus Stephen Spine

Parti Bumi Kenyalang – Walter Norbert Johnny

Parti Kebangsaan Sabah – Richard Ronald Dompok

Bebas – Ricky Chang

Bebas – Peter Maurice Lidadun

Keputusan 2020: Darell Leiking (Warisan) – 8,437 undi (Majoriti 5,935)

N27. Limbahau

GRS – Juil Nuatim

PN – Adrian Alexander Malim

Warisan – Roy Valentine Amandus

Upko – Nelson W Angang

KDM – Malik Luman

SAPP – Edward Dagul

Parti Impian Sabah – Joseph Philip Kulip

Bebas – Marcellus Tambud

Bebas – Linda Beda Dunstan

Keputusan 2020: Juil Nuatim (Warisan) – 5,194 undi (Majoriti 2,523)

N28. Kawang

GRS – Ghulam Haidar Khan Bahadar

BN – Jamal Nerubi

Warisan – Nin Jellih

STAR – Beverley Natalie Koh

Parti Impian Sabah – Samail Bulongik

Keputusan 2020: Ghulam Haidar Khan Bahadar (PN) – 7,747 undi (Majoriti 5,094)

N29. Pantai Manis

GRS – Saifuddin Tahir Petra

BN – Redzuan Garin

PN – Faizal Julaili

Warisan – Aidi Mokhtar

KDM – Mohamad Tamin

STAR – Richard Vitales

Parti Impian Sabah – Azzmi Ahmad

Keputusan 2020: Tamin Zainal (BN) – 5,116 undi (Majoriti 686)

N30. Bongawan

GRS – Anifah Aman

BN – Mohamad Alamin

PN – Ridzuan Agus Payong

Warisan – Daud Yusof

STAR – Dolores Michael

KDM – Peter Matinjal

Parti Impian Sabah – Royston Adven

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Hussin Dasar

Bebas – Haris Tahir

Keputusan 2020: Daud Yusof (Warisan) – 5,400 undi (Majoriti 1,802)

N31. Membakut

GRS – Arifin Arif

BN – Rusman Dulamit

Warisan – Mohamad Said

Upko – Rowindy Lawrence Odong

STAR – Adrian Lajim

Parti Impian Sabah – Kamal Idris

Parti Kebangsaan Sabah – Suliaman Alladad

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Aziz Angkiu

Parti Kerjasama Anak Negeri – Yahya Ahmad

Bebas – Haslan Wasli

Keputusan 2020: Arifin Arif (PN) – 6,363 undi (Majoriti 3,421)

N32. Klias

GRS – Isnin Aliasnih

BN – Osin Jilon

PN – Hisyam Hazaril Azman

Warisan – Shaid Othman

KDM – Ariffin Barhim

Parti Impian Sabah – Matlani Sabli

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Kaliwon Edi

Parti Kebangsaan Sabah – Jismit Japong

Bebas – Edwin Louis

Keputusan 2020: Isnin Aliasnih (PN) – 6,711 undi (Majoriti 3,901)

N33. Kuala Penyu

GRS – Limus Jury

BN – Awang Aslee Lakat

Warisan – Monih Epin

STAR – Walther Philip Michael

Parti Impian Sabah – Dini Ginsik

Parti Kebangsaan Sabah – Jonehtan Matheus

Keputusan 2020: Limus Jury (PN) – 6,256 undi (Majoriti 3,273)

N34. Lumadan

GRS – Ruslan Muharam

BN – Nazri Abdullah

Warisan – Norizhuan Awang

STAR – Amit Basrin

KDM – Abd Jarih Okin

Parti Impian Sabah – Jurinah Nasir

Keputusan 2020: Ruslan Muharam (PBS) – 3,650 undi (Majoriti 364)

N35. Sindumin

PH – Yamani Hafez Musa

PN – Dg Nor Syafiqah Abdul Hamid

Warisan – Yusri Pungut

STAR – Moktar Matussin

KDM – Sani Maisin

Parti Impian Sabah – Markus Buas

Parti Kebangsaan Sabah – Kanafia Bujang

Bebas – Wilson Liou

Bebas – Abdillah Jalaf

Bebas – Ibrahim Tuah

Keputusan 2020: Dr Yusof Yacob (Warisan) – 5,415 undi (Majoriti 424)

N36. Kundasang

GRS – Dr Joachim Gunsalam

BN – Japirin Sahadi

PN – Atong Antong

Warisan – Jeffrey Gopog

Upko – Rogers Tiam

KDM – Jeffry Ali

SAPP – Japiril Suhaimi

Parti Impian Sabah – Edward Jamkim

Parti Kerjasama Anak Negeri – Nazarul Khaiwala Wahab

Bebas – Jackson Musi

Keputusan 2020: Dr Joachim Gunsalam (PBS) – 4,332 undi (Majoriti 1,422)

N37. Karanaan

GRS – Masidi Manjun

BN – Nadzmin Kamin

Warisan – Mazlan Daiman

Upko – Georgina George

STAR – Anuar Ghani

KDM – Karim Adam

Bebas – Neomi Francis

Keputusan 2020: Masidi Manjun (PN) – 6,696 undi (Majoriti 4,814)

N38. Paginatan

GRS – Abidin Madingkir

BN – Junaidi Sahat

Warisan – Juhaili Sidek

STAR – Feddrin Tuliang

KDM – Rusdin Riman

Parti Impian Sabah – Linus Yubod @ Haidi Badawi

Parti Kerjasama Anak Negeri – Rubica Gabayoi

PBM – Vennex Jasmin

Perjuangan Rakyat – Bensin Dani

Bebas – Ivan Benedict

Keputusan 2020: Abidin Madingkir (PN) – 3,783 undi (Majoriti 1,323)

N39. Tambunan

STAR – Jeffrey Kitingan

GRS – Victor Paut

Warisan – Bianus Kontong

KDM – Jikol Tagua

Parti Impian Sabah – Kenneth Edwin N

Parti Kerjasama Anak Negeri – Dionysia Ginsos

Parti Damai Sabah – Gulit Rukag

Keputusan 2020: Jeffrey Kitingan (PN) – 8,691 undi (Majoriti 6,792)

N40. Bingkor

GRS – Robert Tawik

Warisan – Benedict Martin Gunir

Upko – Kennedy John Angian

STAR – Ishak Ayub

KDM – Niklos Ongoh

Parti Impian Sabah – Kenolee Justine

Pertubuhan Gemilang Anak Sabah – Haryady Antutu

Parti Kebangsaan Sabah – Thomas Anggan

Parti Damai Sabah – Solzah Sual

Bebas – Ahamin Salim

Keputusan 2020: Robert Tawik (PN) – 7,891 undi (Majoriti 5,070)

N41. Liawan

GRS – Annuar Ayub

BN – Nik Nadzri Nik Zawawi

PN – Johny Anthony

Upko – Wilson Gan

Warisan – Adzhar Jasni

STAR – Augustine A Nain

KDM – Peter Paun

Parti Impian Sabah – Junadey Ejih

Parti Rumpun Sabah – Yukilin Giging

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Mustazarmie Mustapha

Keputusan 2020: Annuar Ayub (PN) – 4,628 undi (Majoriti 641)

N42. Melalap

KDM – Priscella Peter

PH – Jamawi Jaafar

Warisan – Cheld Bryend Lind

Upko – Junik Bajit

STAR – Alviana Linus

Parti Impian Sabah – Kevin Chong

Bebas – Gabriel George Tulas

Bebas – Fatimah Ibrahim

Keputusan 2020: Peter Anthony (Warisan) – 5,245 undi (Majoriti 1,719)

N43. Kemabong

GRS – Rubin Balang

Warisan – Burnley Balang

BN – Rahmah Jan Sulaiman Khan

PH – Noorita Sual

STAR – Hasmin Azroy Abdullah

KDM – Yabri Onos

Parti Impian Sabah – Jasini Angkiwan

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Rassedi Liaron

Bebas – Petrus Yahya

Keputusan 2020: Rubin Balang (Bebas) – 4,214 undi (Majoriti 1,012)

N44. Tulid

PH – Rufinah Pengeran

Warisan – Lucia Kihing

Upko – Khairil Abdullah

STAR – Evaristus Gungkit

KDM – Oswald Aisat Igau

Parti Impian Sabah – Rayner Francis Udog

Parti Kebangsaan Sabah – Vinson Rusikan

Parti Rumpun Sabah – Jufina Dimis

Bebas – Suman Yasambun

Bebas – Clarence Carter Maraat

Bebas – Edwin Laimin

Bebas – Jordan Jude Ellron

Bebas – Engah Sintan

Bebas – Lautis Anggang

Keputusan 2020: Flovia Ng (PN) – 2,267 undi (Majoriti 544)

N45. Sook

GRS – Ellron Alfred Angin

BN – Arthur Joseph Kurup

Warisan – Joseph Peter Tinggi

STAR – Ireneus Pagut

Parti Impian Sabah – V Chong Vin

Keputusan 2020: Ellron Alfred Angin (PN) – 3,554 undi (Majoriti 1,232)

N46. Nabawan

GRS – Abdul Ghani Yassin

BN – Laiji Ompongoh

PN – Sayau Tangkap

Warisan – Alfian Ahmad Koroh

Upko – Junilin @ Jubilin Kilan

STAR – Akuang Suan

KDM – Jekerison Kilan

Parti Impian Sabah – Rejoh Ondoh

Parti Kebangsaan Sabah – Farney Akon

Keputusan 2020: Abdul Ghani Yassin (PN) – 4,688 undi (Majoriti 2,238)

N47. Telupid

GRS – Jonnybone Kurum

BN – Benedict Asmat

PN – Jamin Jamri

Warisan – Simah Matusip

Upko – Felix Joseph Saang

STAR – Jikmariya Muran

KDM – Nilis Joseph

Parti Impian Sabah – Michel Alok

PBM – Petrus Zabang

Keputusan 2020: Jonnybone Kurum (PBS) – 2,266 undi (Majoriti 685)

N48. Sugut

GRS – James Ratib

PN – Ronald Kiandee

BN – Arifin Pachuk

Warisan – Asaph Abdullah Sani

Parti Impian Sabah – Rosely Lajun

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Hassan Mentiak

Bebas – Roger 

Keputusan 2020: James Ratib (BN) – 4,308 undi (Majoriti 1,664)

N49. Labuk

GRS – Samad Jambri

BN – Yusoflatif Mustapah

PN – Asmad Nasir

Warisan – Japar Awang

Upko – Norfadzlina Ramsah

KDM – Marx Henry Lim

Parti Impian Sabah – Joseph Emus

Parti Kerjasama Anak Negeri – Nuralizah Lee Abdullah

Keputusan 2020: Samad Jambri (PN) – 2,701 undi (Majoriti 1,208)

N50. Gum-Gum

PH – Abdul Said Pimping

PN – Yunus Nurdin

Warisan – Arunarnsin Taib

Upko – Peter Jr Naintain

Parti Impian Sabah – Esnin Satur

Bebas – Yusof Yoda

Bebas – Asmawi Asa

Bebas – Fadly Voon

Bebas – Salzo Asa

Keputusan 2020: Arunarnsin Taib (Warisan) – 3,140 undi (Majoriti 269)

N51. Sungai Manila

GRS – Hazem Mubarak Musa

BN – Zaini Tiksun

PN – Yusri Abu

Warisan – Sittinara Sakah

Parti Impian Sabah – Irian Nanang

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Faizal Wahab

2020 results: Mokran Ingkat (BN) – 4,585 votes (1,417 majority)

N52. Sungai Sibuga

GRS – Amirshah Yaakub

BN – Suhaimi Nasir

PN – Norani Asmatil

Warisan – Lisa Hassan Alban

Parti Impian Sabah – Ismail Said

Keputusan 2020: Mohamad Hamsan Awang Supain (BN) – 7,545 undi (Majoriti 1,538)

N53. Sekong

GRS – Diana Diego @ Yusrina Sufiana

BN – Zharif Aizat Samsudin

PN – Fazriee Awang

Warisan – Alias Sani

Parti Impian Sabah – Abada Atalad

Bebas – Arifin Asgali

Keputusan 2020: Alias Sani (Warisan) – 5,937 undi (Majoriti 1,599)

N54. Karamunting

PH – George Hiew

BN – Chin Kim Hiung

Warisan – Alex Wong

KDM – Chew Kok Woh

Parti Impian Sabah – Soo Ming Soon

Keputusan 2020: George Hiew (Warisan) – 5,694 undi (Majoriti 2,479)

N55. Elopura

Warisan – Calvin Chong

PH – Vivian Wong

KDM – Liau Fui Fui

PN – Firdaus Silvester Abdullah

Parti Impian Sabah – Jeffery Chung

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Wong Hon Kong

Bebas – Hajjah Lita Abdullah

Keputusan 2020: Calvin Chong (DAP) – 10,871 undi (Majoriti 7,683)

N56. Tanjong Papat

KDM – Frankie Poon

PH – Tang Szu Ching

PN – Elvis Koa

Warisan – Alex Thien

SAPP – Henley Liew

Parti Impian Sabah – Janudin Berahim

Parti Kebangsaan Sabah – Sohaimi Ramli

Perjuangan Rakyat – Yunus Apil

Keputusan 2020: Frankie Poon (DAP) – 5,900 undi (Majoriti 3,743)

N57. Kuamut

GRS – Masiung Banah

Warisan – Norfaizah Chua Giak Kiang

Upko – Mohina Sidom

KDM – Abu Bakar Ellah

STAR – Jevronnie Mandek

Parti Impian Sabah – Ted Kelvin Sudin

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – John Sungkiang

Bebas – Duin Bintarang

Keputusan 2020: Masiung Banah (Bebas) – 2,802 undi (Majoriti 9 j

BN – Bung Moktar Radin

GRS – Johainizamshah Johari

PN – Mazlin Madali

Warisan – Saifulah Lokman

Parti Impian Sabah – Salehuddin Anoi

Bebas – Miha

Keputusan 2020: Bung Moktar Radin (BN) – 3,035 undi (Majoriti 661)

N59. Sukau

GRS – Juhari Janan

BN – Jafry Ariffin

PN – Petra Asri

Warisan – Azahari Rangon

Parti Impian Sabah – Roslan Madali

Parti Kebangsaan Sabah – Afiq Anwari

Perjuangan Rakyat – Nordin Damit

Keputusan 2020: Jafry Ariffin (BN) – 3,763 undi (Majoriti 2,129)

N60. Tungku

GRS – Abdul Hakim Gulam Hassan

BN – Saleha Abdul Wahid

Warisan – Assaffal P Alian

STAR – Suling Isib

Parti Impian Sabah – Hairunnizam Kamsin

Parti Kebangsaan Sabah – Jani Kulmen

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Jakaria Nasiran

Keputusan 2020: Samsul Kamal P Alian (Warisan) – 3,792 undi (Majoriti 268

N61. Segama

PH – Romansa Lamin

Warisan – Muhammad Abdul Karim

SAPP – Yvonne Yong

Parti Impian Sabah – Ehtisham Ur Rahman Mhaulah

Bebas – Norman Kasimin

Bebas – Alif Afidandy Ali

Bebas – Mohamaddin Ketapi

Keputusan 2020: Mohamaddin Ketapi (Warisan) – 4,864 undi (Majoriti 2,168)

N62. Silam

GRS – Mizma Appehdullah

BN – Sharif Musa Sharif Mabul

PH – Abd Halim Sidek Gulam Hassan

PN – Balkis Kalinggalan

Warisan – Yusof Apdal

Parti Impian Sabah – Brahim Bisel

Parti Damai Sabah – Mohammad Enriquez

Parti Kebangsaan Sabah – Syafiq Iqhmal Saharudin

Bebas – Amat Kawoh Abd Rahman

Keputusan 2020: Dumi Pg Masdal (Warisan) – 5,200 undi (Majoriti 1,542)

N63. Kunak

00 – Norazlinah Arif

BN – Anil Sandhu

PN – Kasman Karate

Warisan – Ismail Raudah

Parti Impian Sabah – Roselih Lumayan

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Ismu Isyam Arsad

Keputusan 2020: Norazlinah Arif (Warisan) – 3,861 undi (Majoriti 589)

N64. Sulabayan

PH – Zulfikar Mijan

PN – Abdul Malik Abd Bool

Warisan – Jaujan Sambakong

STAR – Bidin Jawa

Parti Impian Sabah – Mat Roya Jaafar

Parti Kerjasama Anak Negeri – Hasaman Sagaran

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Sumini Yasintus

Bebas – Abdillah Abdul Hamid

Keputusan 2020: Jaujan Sambakong (Warisan) – 5,747 undi (Majoriti 3,245)

N65. Senallang

Warisan – Shafie Apdal

GRS – Marunda KK Ampong

Parti Impian Sabah – Samsu Sundalu

Parti Bersatu Sasa Malaysia – Abdul Majid Angkulan

Keputusan 2020: Shafie Apdal (Warisan) – 6,363 undi (Majoriti 4,631)

N66. Bugaya

GRS – Noorudin Abdul Hussin

BN – Abdul Manan Indanan

PN – Jamil Abdul Gapar

Warisan – Jamil Hamzah

STAR – Taha Dara

Parti Impian Sabah – Arman Marasal

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak – Maulana Unding

Perjuangan Rakyat – Roslan Ali

Parti Rumpun Sabah – Suffian Ahmad

Keputusan 2020: Jamil Hamzah (Warisan) – 11,382 undi (Majoriti 6,629)

N67. Balung

GRS – Syed Ahmad Syed Abas

BN – Erwan Palateh

PN – Dr Munzier Mahamud

Warisan – Frank Salazar

STAR – Chee Kheng Moi

Parti Impian Sabah – Ugis Pula

Parti Rumpun Sabah – Norazizah Palari

Parti Bumi Kenyalang – Ahmad Awang

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Rosdiansa Noor

Bebas – Hartono Juno

Bebas – Shafie Hassan

Keputusan 2020: Hamid Awang (BN) – 3,524 undi (Majoriti 580)

N68. Apas

GRS – Nizam Abu Bakar Titingan

BN – Dr Elmiariezan Ardan

PN – Lim Ting Khai

Warisan – Sarman Amat Simito

Parti Impian Sabah – Herman Amdas

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Marsiah Omat

Keputusan 2020: Nizam Abu Bakar Titingan (PN) – 6,252 undi (Majoriti 2,049)

N69. Sri Tanjong

Warisan – Justin Wong

PH – Philip Yap

STAR – Fung Len Fui

KDM – Ricky Hong

Parti Impian Sabah – Joseph Mosusah

Bebas – Wong Su Vui

Keputusan 2020: Justin Wong (DAP) – 11,150 undi (Majoriti 8,880)

N70. Kukusan

GRS – Samsiah Usman

BN – Chaya Sulaiman

PN – Francis Lawrence Yusop

Warisan – Mamum Sulaiman

STAR – Rahman Yahya

Parti Impian Sabah – Razik Muyong

Parti Kerjasama Anak Negeri – Mariani Sulaiman

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Rosdiansa Noor

Bebas – Hairul Amin

Bebas – Rina Jainal

Keputusan 2020: Rina Jainal (Warisan) – 2,834 undi (Majoriti 10)

N71. Tanjung Batu

GRS – Dr Andi Shamsureezal Sainal

BN – Samasuddin Yusop

PN – Ahmad Dullah

Warisan – Ayuf Abdul Rahman

Parti Impian Sabah – Zanudin Mingo

Keputusan 2020: Andi Suryady Bandy (BN) – 4,728 undi (Majoriti 2,123

N72. 

Merotai

PH – Ruji Ubi

PN – Hasan Haris

Warisan – Sarifuddin Hata

Parti Impian Sabah – Reymie Kassim

Keputusan 2020: Sarifuddin Hata (Warisan) – 4,058 undi (Majoriti 1,587)

N73. Sebatik

GRS – Hassan A Gani Pg Amir

BN – Aslan Fadli Samsul Alang

PN – Suhurani Sammani

Warisan – Manahing Tinggilani

STAR – Kadri Amat

Parti Impian Sabah – Abdul Gaib Aliaman

Parti Kerjasama Anak Negeri – Sahiran Untai

Parti Rumpun Sabah – Ismail Idris

Parti Perpaduan Rakyat Sabah – Abu Bakar Kumun

Bebas – Husni Frans

Keputusan 2020: Hassan A Gani Pg Amir (Warisan) – 2,665 undi (Majoriti 522)

Kelantan: Dua lelaki dicekup belasah seekor beruk

ROHANA MOHD. NAWI
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk di Kampung Jembal, Bachok baru-baru ini
BACHOK – Dua lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap binatang dengan membelasah seekor beruk di Kampung Jembal di sini baru-baru ini sehingga kejadian itu tular di media sosial.
pukul beruk
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penularan rakaman video memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk yang tular di media sosial kira-kira pukul 1.29 tengah hari semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rakaman tersebut dirakam oleh rakan pengadu sebelum dimuat naik ke media sosial.

“Rakaman itu mencetuskan reaksi negatif dan kecaman netizen. Semakan juga mendapati rakannya tidak memiliki sebarang lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa veterinar untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok telah menahan dua orang lelaki bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Wanita dicabul dalam dobi layan diri di Batu Caves

HALISYA ISMA ZULKURNAIN
Tangkap layar hantaran memaparkan lelaki mencabul wanita tertidur di sebuah dobi layan diri di Batu Caves
PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita yang sedang tidur di bangku sebuah dobi layan diri 24 jam di Batu Caves.

Menerusi hantaran Threads penyanyi rap Caprice, memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lelaki tersebut menghampiri wanita berkenaan sebelum dipercayai menyentuh bahagian badan mangsa tanpa kebenaran.

“Siapa yang kenal lelaki ini, tolong hubungi pihak polis. Kepada wanita di luar sana, hati-hati bila pergi dobi tengah malam dan sentiasa bawa kawan sekali,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! mendapati pihak berkuasa sedang melakukan siasatan lanjut atas lelaki berkenaan yang dipercayai pelajar kolej sebuah universiti.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen termasuk yang berang dengan tindakan tidak bermoral yang dilakukan lelaki berkenaan.

“Tolong mandulkan lelaki ini supaya tak lahirkan keturunan yang perangai tidak bermoral seperti ini!,” komen @_.Nuraisyaaae

“Mungkin perempuan itu terlalu penat sehingga tertidur tapi bukan peluang untuk lelaki buat perkara tidak senonoh. Semoga cepat tertangkap supaya tiada mangsa lain,” komen @Datin_dyy –KOSMO! ONLINE

Grup WhatsApp 'MB Selangor' persoal jawatan, harta pemimpin PKR

B Nantha Kumar

Sebuah kumpulan WhatsApp yang dinamakan "MB Selangor" memngumpulkan beberapa Adun kerajaan, pembangkang serta pemimpin parti dari Selangor muncul petang semalam.

Ia berisi siri dakwaan terhadap seorang pemimpin PKR yang didakwa rapat dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Dakwaan itu dipercayai dimuat naik oleh pentadbir kumpulan berkenaan – yang hanya dikenali sebagai 'Madani' – sebelum tular. Ia melibatkan pelbagai tuduhan mengenai kekayaan mendadak serta pelantikan ke jawatan berkaitan kerajaan negeri.

Individu yang menjadi sasaran utama kumpulan tersebut berasal dari utara Selangor.

Madani antara lain mempersoalkan bagaimana pemimpin terbabit mampu membeli sebuah banglo bernilai RM3 juta serta menjalani gaya hidup mewah, bercuti di luar negara dan menginap di hotel lima hingga tujuh bintang.

Dia juga melampirkan beberapa keping gambar pemimpin itu semasa bercuti di luar negara bersama keluarga.

Turut dibangkitkan ialah dakwaan pemimpin itu memegang terlalu banyak jawatan dalam agensi berkaitan kerajaan negeri.

"Soalannya, mengapa satu orang dilantik ke banyak jawatan, seolah-olah tidak ada manusia lain yang layak di Selangor," dakwanya.

Dakwaan itu hanya disertakan dengan beberapa tangkapan layaran akaun Whatsapp milik pemimpin itu sebagai bukti.

Pemberita Malaysiakini turut dijadikan ahli dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

Mohon pihak berkuasa siasat

Sementara itu pemimpin terbabit ketika dihubungi enggan mengulas kerana mendakwa tidak melihat kandungan dalam kumpulan sembang berkenaan.

"Saya tidak dapat memberi komen.

"Seeloknya, kita beri ruang kepada pentadbiran negeri untuk menerangkan perincian Belanjawan Selangor 2026 kepada rakyat," katanya secara ringkas.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama pemimpin itu kerana tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut secara bebas.

Dalam siri mesej sama, pentadbir Madani turut menuduh pemimpin berkenaan terlibat dalam pengagihan projek syarikat KDEB di Hulu Selangor, termasuk mendakwa dia mengambil "15 peratus" daripada kontrak tertentu sebagai dana politik.

Senarai lebih 15 syarikat turut dikongsikan, kononnya menerima projek melalui jaringan pemimpin terbabit.

Pentadbir kumpulan WhatsApp tersebut turut mencabar pemimpin berkenaan untuk membuat laporan polis agar dia boleh mendedahkan buktinya.

"SPRM tolong siasat. Ini duit rakyat. Kami mohon Adun PN buka mulut dalam dewan. Minta penjelasan dari menteri besar," katanya.

Satu mesej panjang ditujukan kepada Amirudin turut dikongsikan dalam kumpulan itu, memohon menteri besar terbabit menjelaskan "secara jujur dan adil" berhubung gaya hidup dan kedudukan pemimpin itu.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat menteri besar untuk komen.

Wan Adriana Qaisara hilang sejak Khamis lalu

MOHD. FAHMI ISMAIL
Polis mohon orang ramai kesan Wan Adriana Qaisara yang hilang sejak 13 November lalu.
SUNGAI BULOH – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 9 bulan yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa daripada seorang wanita tempatan kira-kira pukul 1.13 pagi semalam.

Mohd Hafiz berkata, orang hilang (OH) dikenali sebagai Wan Adriana Qaisara Wan Azim, dilaporkan tiada di rumah sejak 13 November 2025 pada pukul 3 petang di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh.

“OH berusia 15 tahun 9 bulan, memiliki ketinggian kira-kira 1.49 meter dan berkulit sawo matang. Ketika hilang, OH dipercayai memakai baju hitam, seluar hitam, tudung sarung hitam serta membawa beg galas berwarna biru muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit untuk menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-9495707. – KOSMO! ONLINE

Kelantan: ‘Lapangan terbang KB sibuk dah macam KLIA’

KOSMO!
Suasana di terminal LTSIP, Kota Bharu semalam
PETALING JAYA – Suasana di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu semalam dilaporkan sesak dengan ribuan pengguna serta pelancong dalam dan luar negara.

Ada yang membandingkan suasana di LTSIP seperti berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @Ben.ebrahem.30, individu tersebut turut bertanya apakah punca menyebabkan terlalu ramai orang di balai berlepas dan ketibaan LTSIP semalam.

“Lapangan terbang KB (Kota Bharu) 13 November 2025, full house (penuh). Kenapa ramai sangat, cuti tak ada, cuti sekolah pun belum,” soalnya.

Di ruangan komen, seorang pengguna, Abdullah berkata, suasana di LTSIP kini jauh lebih padat berbanding beberapa tahun lalu.

“Parking sentiasa penuh, orang keluar masuk tak berhenti. Nak cari tempat duduk pun kadang kena berdiri. Memang rasa macam berada di KLIA versi mini,” katanya.

Seorang lagi pengguna meninggalkan komen memaklumkan jumlah penerbangan tambahan terutama pada hujung minggu menyebabkan keadaan lebih meriah di LTSIP daripada biasa.

“Kalau dulu lengang saja, sekarang setiap kali saya hantar keluarga, mesti ramai orang. Kaunter daftar masuk pun beratur panjang,” ujarnya.

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan LTSIP sudah boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti mana lapangan terbang domestik lain antaranya Kuantan dan Ipoh walaupun tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Projek naik taraf fasa kedua LTSIP boleh menampung 4 juta penumpang setahun. – KOSMO! ONLINE

Kedah: Bilik terbakar, lelaki ditemukan rentung

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Foto JBPM
ANGGOTA bomba menemukan lelaki rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Mawad. FOTO Ihsan Bomba
Langkawi: Seorang lelaki berusia 53 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Mawad, di sini, hari ini.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.59 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Langkawi yang diketuai Noor Sakila Said tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah bilik di rumah itu dengan anggaran kemusnahan 90 peratus dan kebakaran itu disyaki membabitkan mangsa.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.31 petang tadi dan kerja pemadaman terus dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 9.25 malam dan punca serta kerugian dalam kejadian itu masih dalam siasatan pihak Bomba," katanya.

KLIA bocor, hujan mencurah macam air terjun

Malaysiakini 

Berlaku kebocoran air hujan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang yang menyaksikan air hujan mencurah membasahi lantai.

Difahamkan ia berlaku di kawasan pelepasan di aras 5.

KLIA menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada cuaca ribut dan hujan lebat, yang menyebabkan kebocoran air di beberapa bahagian terminal.

“Pasukan kami dalam keadaan berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pengawalan, dan perlindungan sistem elektrik,” jelas KLIA di media sosialnya.

KLIA juga berkata pihak kejuruteraan, operasi dan keselamatan sudah berada di lokasi untuk menguruskan keadaan, termasuk meminimumkan gangguan kepada operasi penerbangan.

“Pemantauan dipertingkat sedang dijalankan kerana ribut petir dan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga sekitar jam enam petang,” menurut penjelasan itu lagi.

Pihak KLIA berkata mereka akan mengeluarkan makluman tambahan jika diperlukan dan menghargai kesabaran penumpang. 

Guru gunting selipar pelajar tak mampu beli kasut sekolah

KOSMO
Gambar menunjukkan selipar yang digunting oleh guru berkenaan. - Facebook
JAKARTA – Seorang guru di Rokan Hilir, wilayah Riau menerima kecaman orang ramai kerana didakwa menggunting selipar milik seorang pelajar yang tidak mampu untuk membeli kasut sekolah, lapor portal berita Sabangmerauke News. 

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 3 Sinaboi. 

Imej dimuat naik di platform Facebook memaparkan pelajar perempuan terbabit memegang selipar yang rosak akibat digunting. 

Imej lain pula menunjukkan ayah kepada pelajar itu terbaring dalam keadaan lemah di sebuah hospital tempatan. 

“Pelajar itu berasal dari keluarga susah. Ibunya merupakan seorang buruh, manakala bapanya sedang sakit. Dia terpaksa memakai selipar ke sekolah kerana tidak mampu untuk membeli kasut,” demikian menurut keterangan imej itu. 

Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Seharusnya seorang guru mempunyai kebijaksanaan, bukan selamba gunting selipar pelajar yang tidak mampu,” tulis seorang netizen.

“Lebih baik dibelikan kasut baharu dan selesaikan secara baik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Amanah Johor sasar kubu Muhyiddin dalam PRU akan datang

Alyaa Alhadjri

Di saat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berusaha meredakan perpecahan dalam partinya, pesaing politik mula menyasarkan kerusi Parlimen Pagoh yang telah dipegangnya selama tujuh penggal berturut-turut, dan dua lagi penggal sebelum itu sejak 1978.

Ketika dihubungi, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata parti itu sedia meletakkan calon di Pagoh, yang sebelum ini ditandingi Iskandar Shah dari PKR.

“Kami bersedia dengan calon yang paling sesuai. Seorang anak tempatan yang dikenali ramai (di kawasan itu),” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PH Johor.

Aminolhuda berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan Naib Pengerusi Amanah Johor Zuhan Zain, yang memaklumkan parti itu bersedia bertanding di Pagoh sekiranya berlaku kekosongan atau pada PRU akan datang.

“Kesediaan ini bukan sekadar simbolik politik, tetapi menggambarkan komitmen Amanah Johor untuk mengembalikan maruah dan semangat politik baru di kawasan yang sekian lama dilihat dikuasai oleh politik lama dan retorik perkauman,” kata Zuhad dalam kenyataan, hari ini.

Apabila dihubungi Malaysiakini, Zuhan berkata semua kerusi yang gagal dimenangi PH sebelum ini akan “dirunding semula” dan Amanah perlu menyatakan kesiapsiagaannya untuk bertanding di Pagoh.

Dalam PRU sebelum ini, sebelum tertubuhnya Bersatu dan kerjasama antara PH dan BN, Pagoh secara tradisinya adalah kerusi Umno.

Calon Umno pada PRU lalu adalah bekas Anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim, yang menduduki tempat ketiga selepas Muhyiddin dan Iskandar.

“Kami yakin penduduk Pagoh kini mahukan pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin yang menggunakan rakyat untuk kepentingan politik peribadi.

“Amanah Johor juga melihat keterbukaan dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai petanda gelombang perubahan yang semakin meningkat di Johor, termasuk di Pagoh,” kata Zuhan lagi.

Ditanya jika Amanah Johor menjangkakan kekosongan mendadak di Pagoh, Aminolhuda tidak memberikan jawapan secaara terus, sebaliknya berkata, “Kenyataan (oleh Zuhan) okay bukan? Bagi ‘kejutan’ di kerusi Pagoh.”

Merujuk kepada tanggapan rasa tidak puas hati terhadap Muhyiddin dalam Bersatu dan di Pagoh, Aminolhuda berkata lagi, “…ahli-ahli partinya sendiri mempersoalkannya.”

Sebelum mengumumkan hasrat bertanding di Pagoh, Amanah Johor mencetuskan ketengangan dengan BN di negeri itu selepas menyatakan mereka tidak menolak untuk bertembung dengan parti sekutu pada pilihan raya akan datang.

Ketika konvensyen parti itu bulan ini, anak Aminolhuda, Fadhli Umar mendakwa Amanah Johor telah menggerakkan sepenuhnya jentera parti untuk bertanding “di semua kerusi negeri”.

Malah, sejak pilihan raya negeri 2022, Amanah Johor beberapa kali membuat tuntutan atau menyuarakan kesediaan untuk bertanding di 40 kerusi yang kini dipegang BN. DUN Johor mempunyai 56 kerusi.

Amanah memegang satu daripada 12 kerusi yang dimenangi PH, menerusi bekas timbalan presidennya, Allahyarham Salahuddin Ayub. Parti itu turut mengekalkan kerusi DUN Simpang Jeram milik Salahuddin dalam PRK pada 2023.

Buruh binaan maut disambar petir atas bumbung

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Pasukan bomba melakukan operasi menyelamat untuk membawa turun mangsa yang disambar petir di Taman Ayer Keroh Height, Melaka, petang tadi.
MELAKA – Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas disambar petir ketika melakukan kerja-kerja di atas bumbung sebuah rumah di Taman Ayer Keroh Height, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa lelaki yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.42 petang dan sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki berada di atas bumbung dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat disambar petir.

“Anggota bomba kemudian melakukan kerja menyelamat untuk menurunkan mangsa dari bumbung dengan menggunakan peralatan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian.

“Menurut penyelianya, ketika kejadian cuaca tidak hujan, namun tiba-tiba mangsa disambar petir.

“Kawasan tersebut merupakan taman perumahan baharu dan masih dalam pembinaan,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.42 petang. – KOSMO! ONLINE

Pengasas eHati, pasangan lari ke luar negara, lokasi dikenal pasti

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis mengesahkan suami isteri termasuk pengasas program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri sehari sebelum pertuduhan dilaksanakan.

"Masih lagi tidak ada tangkapan dibuat kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) percayai mereka sudah melarikan diri ke luar negara sebelum pertuduhan dijalankan.

"Hasil semakan awal PDRM, (suspek ke luar negara) melalui laluan sah kerana mereka bergerak lebih awal sebelum waran dikeluarkan.

"Polis percaya pada 13 Oktober (mereka melarikan diri ke luar negara) yang mana pertuduhan dilaksanakan pada 14 Oktober.

"(Suspek yang melarikan diri) Ya, dua penama yang dikeluarkan waran tangkap itu," berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihak polis sudah mengenalpasti ke negara kedua-dua suspek melarikan diri namun tidak mendedahkannya.

"Sekarang, PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara terbabit untuk membantu mengesan penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

"Biarlah rahsia (negara mana) ..beri peluang kepada PDRM untuk melaksanakan tugasan dan siasatan, dikhuatiri sekiranya diberitahu maka akan lebih menyukarkan proses pencarian.

"Di kawasan Asia Tenggara," katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua termasuk pengasas eHATI kini dikehendaki polis selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka selepas kedua-duanya gagal hadir sewaktu pertuduhan hendak dilaksanakan di mahkamah.

Sebelum ini, polis mendedahkan seramai 95 individu telah dipanggil keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu.

Siasatan polis turut mendapati berlaku adegan bogel dalam acara Queen's Night dalam penganjuran itu melibatkan empat individu yang adalah fasilator bagi program.

Umpan ke rumah, guru silat didakwa ‘sentuh’ dua anak murid

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Tertuduh diiringi polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua muridnya. Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON / KOSMO!
MELAKA – Seorang guru silat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajarnya dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap salah seorang mangsa sama di atas katil rumahnya, sejak September lalu.

Tertuduh, Yusof Omar, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan di hadapan Raja Noor Adilla, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan melakukan perbuatan tidak senonoh bagi tujuan seksual.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama dan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Kedua-dua perbuatan itu telah dilakukan tertuduh kira-kira pukul 2 petang di atas katil di sebuah rumah di Telok Mas dalam daerah Melaka Tengah, 13 September lalu.

Bagi pertuduhan di hadapan Rohatul, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi mangsa berusia 14 tahun kira-kira pukul 8 pagi di lokasi sama, 8 Oktober lalu dan didakwa di bawah AKSTK 2017.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin dan Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Pendakwaan turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa, melapor diri sekali setiap dua minggu di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai guru silat dengan pendapatan tidak menentu, malah tidak mencecah RM1,000 pada bulan lalu, selain menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung serta masalah saraf di kaki kiri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24,000 dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dipohon pendakwaan. Rohatul dan Raja Noor Adilla masing-masing menetapkan tarikh 15 dan 23 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

Kosmo! pada 5 November lalu melaporkan seorang guru silat direman tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun selepas mengambil mangsa di rumah keluarganya di Pulau Sebang, Alor Gajah kira-kira pukul 7 malam.

Suspek kononnya ingin mengajar mangsa berlatih di gelanggang silat di Pulau Sebang, namun telah membawa remaja itu ke rumahnya di Telok Mas dengan alasan untuk mempelajari teknik tinju sebagai persediaan menyertai ujibakat Sukan Malaysia (Sukma) di Johor.

Setibanya kira-kira pukul 11 malam, mangsa tidak diajar seperti dijanjikan, sebaliknya diarahkan tidur di bilik utama sebelum suspek masuk dan berbaring di sebelahnya sehingga pagi dan melakukan perbuatan tidak senonoh. – KOSMO! ONLINE

Mana DBKL?: ‘Siapa bagi lesen kutip RM15 kat sini?’

KOSMO!
Tangkap layar video Zhiddin bergaduh mulut dengan seorang lelaki dipercayai warga asing yang cuba mengutip bayaran parkir secara haram di Bukit Bintang.
PETALING JAYA – Seorang pempengaruh nyaris kena ‘paw’ RM15 oleh seorang lelaki dipercayai warga asing ketika hendak meletakkan kereta di tempat letak kenderaan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video cubaan kena ‘paw’ itu dikongsikan oleh Zhiddin Aziz pada akaun media sosialnya, namun warga asing itu tidak berjaya berbuat demikian selepas pemuda tersebut berkeras tidak mahu membayarnya.

“Siapa bagi lesen kutip RM15 kat sini? DBKL? DBKL mana bagi lesen kat warga asing. Yang biasa itu kamu. Kalau saya tak nak bayar?,” katanya memarahi lelaki berkenaan. Bagaimanapun, pengutip bayaran parkir itu cuba menakut-nakutkan Zhiddin yang mana jika bayaran tidak dijelaskan, berkemungkinan keretanya akan dipecahkan.

“Kalau pecah kereta aku, aku tahu nak pecah muka siapa. Aku kenal muka kau. Tak payah jaga, Allah jaga kereta. Cari kerja betul-betul lah. Saya tak bayar parking,” katanya.

Dalam pada itu, Zhiddin berpesan kepada orang ramai supaya tidak sesekali memberikan wang kepada mereka yang mengutip bayaran secara haram di kawasan Bukit Bintang.

“Parking di kawasan Bukit Bintang ini kalau ada yang menagih bayaran, jangan dihulur tangan. Jangan layan, jangan biar kerakusan berpesan. Andai dibiar, bermaharajalela tanpa sempadan,” katanya.

Di ruangan komen pula, orang ramai berkongsi kemarahan selain pernah terkena ‘paw’ dengan pengutip bayaran parkir secara haram di kawasan itu.

“Sumpah saya baru kena semalam. Saya kena RM20 dekat belakang Bukit Bintang dan warga asing juga,” komen Aliffarhan00 pada Instagram.

“Mesti ada tauke yang jaga dia orang. Tak ada tindakan ke kat dia orang ni. Itu yang jadi tanda tanya,” kata pengguna Instagram Sarifudin Khamis.

“Main petik DBKL. Dia tahu ke apa maksud DBKL tu apa,” komen StaceyMJ pada TikTok.

“Aku kena RM30 kat Bukit Bintang,” komen seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

Pelancong asing buat hal, 'lepas hajat' di tembok batu istana

Agensi
FOTO disiarkan JTBC menunjukkan salah seorang individu terbabit kejadian.
FOTO disiarkan JTBC menunjukkan salah seorang individu terbabit kejadian.
Seoul: Seorang lelaki dan wanita dirakam membuang air besar di tembok batu Istana Gyeongbokgung di sini, lapor penyiar tempatan JTBC pada Isnin lalu.

Memetik laporan The Korea Herald, rakaman yang dibuat pada Ahad menunjukkan lelaki itu mencangkung di semak sambil memegang kertas tandas, manakala wanita di sebelahnya menanggalkan seluar untuk membuang air.

Tidak lama selepas itu, wanita itu bangun dan beredar dengan kesan kotoran kelihatan pada pakaiannya sebelum lelaki terbabit keluar dari semak tidak lama kemudian.

Menurut program televisyen itu, kejadian berlaku di tembok batu Gyeongbokgung, istana diraja utama era Joseon (1392 hingga 1910) yang diwartakan sebagai Tapak Bersejarah No. 117 oleh Pentadbiran Warisan Budaya.

Individu yang merakam kejadian mendakwa pasangan itu kelihatan seperti sebahagian daripada kumpulan pelancong asing yang berada berhampiran pada masa itu.

"Ketika itu, banyak kumpulan pelancong dari China sedang melawat Gyeongbokgung. Pasangan itu kelihatan seperti sebahagian daripada kumpulan itu," katanya kepada JTBC.

Polis yang berada berhampiran dilaporkan campur tangan untuk menghentikan perbuatan itu, namun tidak menahan atau mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Mengikut undang-undang tempatan, membuang air besar di tapak warisan budaya boleh dikenakan tuduhan salah laku ringan.

Insiden itu mencetuskan kritikan dalam talian, mengingatkan kes serupa di Pulau Jeju membabitkan pelancong asing yang dilihat membiarkan kanak-kanak membuang air besar di jalanan dan berhampiran monumen semula jadi.

Tanggung derita seumur hidup Akibat tersilap bedah

Agensi
Kanak-kanak FOTO Weibo
Kanak-kanak FOTO Weibo
Shandong: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun kini bergantung kepada pemakanan melalui saluran intravena (IV) selepas hampir keseluruhan sistem penghadamannya dibuang akibat kesilapan perubatan.

Memetik South China Morning Post, budak itu dimasukkan ke Hospital Rakyat Daerah Chengwu pada 26 Oktober 2023 selepas mengalami kesakitan teruk apabila rakan sekelas secara tidak sengaja terlanggar perutnya di padang sekolah.

Semasa pemeriksaan rutin, doktor menemui ketulan di perutnya dan mencadangkan pembedahan laparoskopi, iaitu prosedur invasif minimum.

Namun komplikasi berlaku sebaik pembedahan bermula, menyebabkan prosedur itu berlarutan selama 14 jam dan hampir semua organ penghadamannya dibuang.

Dalam pada itu, ibu budak itu, Yue berkata, doktor berulang kali meminta mereka menandatangani borang persetujuan pembedahan kerana masalah pendarahan dan keperluan membuang beberapa organ.

"Mereka menyebut tentang masalah pendarahan, mencadangkan pembedahan laparotomi dan menegaskan bahawa mereka perlu membuang beberapa organ. Akhirnya, kami menandatangani empat borang persetujuan itu," katanya.

Akibat pembedahan berkenaan, budak lelaki itu kehilangan banyak berat badan dan tahap bahan kuning dalam darahnya meningkat dengan ketara, menandakan fungsi hati serta sistem pencernaannya terganggu.

Yue berkata, anaknya kini pendiam dan jarang bercakap termasuk hanya menghabiskan hari di katil hospital.

Jelasnya, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya dan berharap dapat mengakses rakaman pengawasan pembedahan bagi mengetahui kebenaran, sambil menambah anaknya sering bertanya "Ibu, saya tak boleh makan atau minum. Apa maknanya untuk terus hidup?".

Sementara itu, laporan forensik pihak ketiga menunjukkan, rawatan hospital itu mempunyai kesilapan besar yang menyebabkan kerosakan serius terhadap budak lelaki berkenaan.

Siasatan oleh Biro Kesihatan Daerah Chengwu pula mendapati, terdapat beberapa kesalahan termasuk prosedur pra pembedahan yang tidak betul antara jabatan berbeza.

Susulan itu juga, hospital membayar pampasan sebanyak 200,000 yuan (kira-kira RM116,278), namun jumlah itu tidak mencukupi untuk kos rawatan berterusan budak terbabit.

Difahamkan, Yue membawa anaknya ke beberapa bandar di China untuk rawatan lanjut, di mana pakar mencadangkan pembedahan pemindahan organ, tetapi peluang mendapatkan organ serasi rendah dan kos ubat anti-penolakan sepanjang hayat tinggi.

Kedah: Wanita bersuami dua, JHEAIK siasat tiga individu

JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menyiasat seorang wanita yang didakwa mempunyai dua suami dipercayai terlibat dalam beberapa kesalahan syariah negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin berkata, jabatan itu membuka tiga siasatan membabitkan wanita berkenaan yang kisahnya tular di media sosial sejak semalam.

“Siasatan turut dijalankan ke atas dua lelaki yang dikaitkan dengan wanita berkenaan. Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu. “Bagi kes itu wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 (Khalwat),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, wanita berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (menghina atau menyebab dipandang hina dll agama Islam).

“Kita juga menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan dan suami baharunya di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 berkaitan kesalahan berhubungan secara akad nikah yang dibaca bersama Seksyen 14 enakmen sama berkaitan perkahwinan seseorang perempuan,” jelasnya.

Akhbar ini melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan selepas wanita dikahwini rupa-rupanya masih bergelar isteri orang. – KOSMO! ONLINE

Juruvideo guna dron kejar suspek tikam pengantin lelaki

Agensi
Rakaman dron menunjukkan adegan kejar-mengejar seorang lelaki yang dipercayai menikam pengantin lelaki sejauh kira-kira dua kilometer. Foto Tangkap layar Agensi
Rakaman dron menunjukkan adegan kejar-mengejar seorang lelaki yang dipercayai menikam pengantin lelaki sejauh kira-kira dua kilometer. Foto Tangkap layar Agensi
New Delhi: Panik melanda sebuah majlis perkahwinan apabila seorang lelaki menikam pengantin lelaki sebelum melarikan diri menaiki motosikal.

Bagaimanapun juruvideo majlis perkahwinan sempat merakam kejadian itu malah turut mengejarnya menggunakan dron miliknya.

Memetik NDTV, kejadian berlaku baru-baru ini semasa majlis perkahwinan di Amravati, Maharashtra, India, di mana suspek, Ragho Jitendra Bakshi, menikam pengantin lelaki sebanyak tiga kali di atas pentas sebelum melarikan diri.

Bertindak pantas, juruvideo yang merakam majlis perkahwinan itu mengejar penyerang berkenaan dengan dronnya.

Kejar-mengejar itu berterusan sejauh kira-kira dua kilometer (km) apabila penyerang bersama seorang lelaki lain cuba melarikan diri menggunakan motosikal.

Dalam pada itu, polis kemudian merampas rakaman dron itu dan menggunakannya untuk mengenal pasti identiti suspek.

Rakaman itu juga membantu polis menjejaki laluan yang digunakan suspek untuk melarikan diri selepas kejadian.

Siasatan awal mendedahkan bahawa serangan itu berpunca daripada pergaduhan kecil semasa acara tarian yang kemudiannya mencetuskan kemarahan suspek.

Polis kini memburu suspek, manakala pengantin lelaki yang cedera, Sajal Ram Samudra, 22, sedang menerima rawatan.

Nekad terjun kereta takut dipukul suami (video)

OTHMAN YAHAYA

Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita berlari selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak sambil dikejar seorang lelaki di Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita nekad terjun dari sebuah kereta yang masih bergerak kerana takut dipukul suami ketika melalui lampu isyarat simpang empat berhampiran Mahkamah Sungai Petani di sini semalam.

Video kejadian berdurasi 19 saat itu menunjukkan seorang wanita membuka pintu bahagian penumpang sebelum terjun ke jalan raya lalu dikejar seorang lelaki.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui laluan tersebut sebelum tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, sejurus video itu tular, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita yang mengaku kejadian itu membabitkan dirinya dan suami.

“Wanita itu mendakwa dia telah dipaksa menaiki kereta suaminya semasa mereka terserempak di sebuah stesen minyak di Bedong pada pukul 6 petang semalam.

“Ia bagi membincangkan mengenai kemelut rumah tangga mereka. Wanita itu mendakwa mereka tidak tinggal serumah sejak sebulan lalu kerana tidak tahan dengan tindakan pasangannya yang sering memukulnya,” katanya di sini hari ini.

Pasangan terbabit dikatakan berkahwin pada Oktober tahun lalu.

Menurut Hanyan, pihaknya kemudian menahan suami wanita berkenaan di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 8.40 malam hari yang sama.

“Lelaki berusia 31 tahun dan merupakan seorang penganggur direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kantoi buat ‘projek’ dalam tandas kolej, pasangan kekasih pelajar didenda RM5,000

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
PASANGAN kekasih muda didenda RM5,000 selepas mengaku melakukan khalwat di dalam tandas sebuah kolej vokasional di Melaka, semalam.
MELAKA – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dan teman lelakinya masing-masing didenda RM2,000 serta RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini selepas mengaku bersalah berkhalwat di dalam tandas sebuah kolej vokasional di sini, semalam.

Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap remaja terbabit yang berusia 17 tahun dan pasangannya 20 tahun selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didapati berkurung yang mendatangkan syak dengan seorang perempuan bukan isteri atau mahramnya di dalam tandas perempuan kolej vokasional berkenaan kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

Bagi perbuatan itu, pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, manakala pelajar perempuan terbabit disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 53 (2) enakmen sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan mereka, tertuduh lelaki yang juga alumni kolej berkenaan memohon agar denda ringan diberikan dengan alasan perlu menanggung keluarga, manakala pelajar perempuan terbabit menyatakan dia hanyalah seorang pelajar.

Radzwan bagaimanapun berhujah agar hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kesalahan zina dilakukan kedua-dua tertuduh adalah dosa besar yang dilarang Allah SWT.

Difahamkan, hasil soal siasat dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), tertuduh lelaki turut mengakui ada melakukan hubungan seks dengan pelajar terbabit di dalam tandas berkenaan.-KOSMO! ONLINE