
PMX ‘rampas’ telefon bimbit wartawan

12 maut, empat hilang jambatan kereta api runtuh

Rafizi: Dah sebut berkali-kali pasal Farhash, tapi jawapan Anwar sama
Polis siasat dakwaan murid lelaki cuba diculik lelaki bertopeng
Lagi kanak-kanak maut jatuh bangunan: bb
Apakah PAS pasti?
Pesakit jantung meninggal dunia kerana gangguan bekalan elektrik
Niat berkenderaan tak betul: Patutlah…semua nak tunjuk aksi ‘superman’ tunggang RXZ

Dijangka saingan sengit Sanusi-Dr Sam rebut slot profesional
Kelantan: Cuba rempuh, polis lepas tembakan
Pencuri motosikal diarak tanpa seurat benang

Lima mayat dipercayai mangsa kultus agama ditemukan

Tunggu saman dari saya kata Akmal Saleh pada Lokman Adam
Baham adik ipar semasa PKP: Hukuman penjara 15 tahun bekas anggota polis kekal
Sumbang mahram dengan adik ipar: Hukuman penjara 15 tahun bekas anggota polis kekal
Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang bekas anggota polis yang melakukan sumbang mahram dengan adik iparnya.
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin, membuat keputusan tersebut selepas menolak rayuan lelaki berusia 32 itu terhadap sabitan serta hukumannya.
Ketika menyampaikan keputusan yang dibuat secara sebulat suara, Azman berkata Mahkamah Sesyen tidak melakukan kekhilafan daripada segi undang-undang atau fakta.
"Perlu diingatkan bahawa SP1 (saksi pendakwaan pertama iaitu mangsa) ialah seorang gadis yang tinggal di rumah perayu dan kakaknya dan perayu adalah abang ipar mangsa," katanya.
Beliau berkata hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen tidak berlebihan kerana perbuatan perayu telah menghancurkan masa depan mangsa.
"Tambahan pula, ketika kejadian, perayu berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.
Mahkamah Sesyen telah mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu pada 28 Ogos 2023 dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan tiga sebatan sebelum rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 26 Nov tahun lepas yang menyebabkan dia membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen di Selangor pada 23 Mac 2020 terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 19 tahun mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.
Penghakiman Mahkamah Tinggi menyebut mangsa adalah pelajar sebuah kolej dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan COVID-19, dia telah diarah untuk mengosongkan asrama.
Memandangkan dia tidak dapat pulang ke kampung halaman, mangsa telah dibawa ke apartmen yang disewa oleh kakaknya dan perayu yang baru melangsungkan perkahwinan.
Pada prosiding hari ini, perayu diwakili peguam Shaharuddin Mohamed manakala Timbalan Pendakwa Raya Prosecutor Shamala Jaganathan hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Guru tarian mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual

Nombor telefon ugut isteri Rafizi didaftar atas nama warga asing
13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar kolej vokasional
Rakyat Kelantan diminta tangguh perjalanan ke Thailand ekoran serangan bom di Tak Bai
Lelaki diserang di Bukit Bintang, polis sahkan video tular
Suami kejam, tergamak bunuh isteri selepas dakwa curang
Pesawat tempur terlibat kemalangan di Pahang
Remaja bergaduh bawa sabit

Gara-gara lambat panaskan lauk remaja perempuan cedera dibelasah oleh bapanya
120 biri-biri mati diracun tuan tanah
2 pelajar IPT swasta maut jatuh dari kondo sama dalam tempoh 24 jam
3 lelaki warga China pecah rumah dipenjara 28 bulan
Steven Sim: Perintah gaji minimum RM1,700 turut terpakai kepada guru Pasti
Menteri pendidikan digesa penuhi tuntutan atau letak jawatan
Lelaki bakar kaunter ‘check-in’ lapangan terbang
Ada kempen hasut pendeposit tutup akaun Tabung Haji?
Bayi baru lahir di hospital kerajaan diberi nama Zara Qairina

Malaysia tak rancang hos semula F1
Lokman Adam: ‘Akmal ni ketua pemuda H2O, bukan ketua pemuda Umno’
Menjelang PRU16: Pilihan-pilihan Umno untuk PRU16
Terlalu percaya dan ikut GPS sampai terjunam dalam terusan

Frank Caprio, hakim 'paling baik di dunia' meninggal dunia akibat kanser
Astro Awani
Caprio mendapat jolokan 'hakim paling baik di dunia' menerusi rancangan televisyen Caught in Providence yang pernah dicalonkan untuk anugerah Emmy. - Foto IG Judge Frank Caprio
HAKIM Rhode Island yang disegani dan dikenali ramai, Frank Caprio, meninggal dunia pada usia 88 tahun, akibat kanser, pada Rabu.
Perkara itu disahkan menerusi hantaran di laman media sosial rasminya dan turut disahkan ahli keluarga kepada stesen televisyen WJAR, rakan penyiar NBC.
Berita yang mendukacitakan itu dilaporkan pada Rabu, sehari selepas Caprio memuat naik perkongsian di hospital yang memohon doa daripada para pengikutnya.
“Malangnya saya berdepan keadaan kesihatan yang merosot, saya kini kembali dirawat di hospital dan sekali lagi saya memohon agar anda semua mengingati saya dalam doa,” kata Caprio, merujuk kepada pertarungannya dengan kanser pankreas sebelum ini.
Gabenor Rhode Island, Dan McKee, mengarahkan bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang sehingga hari pengebumian Caprio, sambil menyifatkan beliau sebagai “permata berharga” yang dekat dengan rakyat dan “simbol empati di kamar mahkamah, menunjukkan keadilan yang digandingkan dengan sifat kemanusiaan.”
Caprio mendapat jolokan “hakim paling baik di dunia” menerusi rancangan televisyen Caught in Providence yang pernah dicalonkan untuk anugerah Emmy, serta pengaruhnya di media sosial yang meraih jutaan pengikut.
“Beliau akan dikenang bukan sahaja sebagai seorang hakim yang dihormati, tetapi juga sebagai suami, bapa, datuk, moyang dan sahabat yang penyayang.
"Legasi beliau kekal dalam pelbagai tindakan kebaikan yang diilhamkannya,” menurut hantaran yang mengumumkan pemergiannya. - Agensi
Kelantan: Bas bawa 36 PATI dari Klang ke Rantau Panjang ditahan

Cubaan bunuh, sebabkan kecederaan: Penuntut warga China diarah pemeriksaan psikiatri
Bernama
Seorang penuntut sebuah universiti yang didakwa atas lapan pertuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan membabitkan tujuh mangsa diarah menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan bermula hari ini. - Foto BERNAMA
KAJANG: Seorang penuntut sebuah universiti yang didakwa atas lapan pertuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan membabitkan tujuh mangsa diarah menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan bermula hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Normastura Ayub dan Majistret Fatin Dayana Jalil memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Faelly Jeffrey Lanjungan dan Siti Nur Alia Safri, yang memaklumkan tertuduh warga China, Liu Ting, 24, dilihat keliru seolah-olah tidak memahami pertuduhan dibacakan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan memerintahkan wanita itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak untuk mendapatkan pemeriksaan psikiatri selain menetapkan sebutan kes pada 19 Sept depan.
Terdahulu, Faelly tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan yang dihadapi tertuduh adalah serius dan tidak boleh dijamin selain memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia bagi mendapatkan pemeriksaan psikiatri.
"Semasa pertuduhan dibacakan, tertuduh dilihat seperti keliru dan seolah-olah tidak memahami pertuduhan tersebut. Oleh itu, kami mohon tertuduh mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia," katanya.
Di Mahkamah Sesyen, Liu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan iaitu dengan niat cuba membunuh dua lelaki berumur 19 dan 21 tahun serta menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 35 tahun yang sekiranya tertuduh menyebabkan kematian, maka dia akan bersalah bagi kesalahan membunuh.
Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun serta denda dan sekiranya perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang, pesalah itu boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi dua pertuduhan lagi, dia juga mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita berumur 60 tahun dengan menetak lengan kanan mangsa menggunakan sebilah pisau, iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata salah, dan menikam perut seorang lelaki berumur 27 tahun menggunakan pisau.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki berumur 21 dan 49 tahun serta seorang wanita berumur 53 tahun dengan menggunakan sebilah pisau.
Liu memahami tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa namun dia hanya berdiam diri dan tiada pengakuan dibuat.
Ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Lapan kesalahan itu didakwa dilakukan di kedai jahitan dan kraf tangan benang emas di Jalan Besar, di Jalan Semenyih Persimpangan Metropoint dan di sebuah premis di Kompleks Metropoint di sini, antara 11.39 pagi hingga 12 tengah hari pada 13 Ogos lepas.
Sebelum ini, tular di media sosial video kejadian tersebut yang memaparkan seorang wanita terlibat dalam kemalangan sebelum keluar daripada kenderaannya dengan memegang sebilah pisau.
Turut kelihatan beberapa penunggang motosikal yang cedera dan cubaan orang ramai untuk menahan wanita terbabit.
-- BERNAMA










